Menangi Wang Tunai RM3k & Hadiah Utama Motosikal Yamaha NVX 155 SP Edisi Terhad

Sekiranya anda bakal pemilik atau pemilik model terbaharu Yamaha NVX 155 Edisi SP, anda layak untuk menyertai dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik bersempena dengan Kempen ‘GAYA POP’ Blind Box.

Kempen Kumpul & Menang – Figura ‘GAYA POP’ Blind Box menampilkan lima figura unik Brody bertemakan YAMAHA X MPL. Caranya sangat mudah. Perhatikan langkah-langkah untuk menyertai peraduan ini.

Figura Edisi Khas NVX
1,000 orang pemilik pertama Yamaha NVX 155 Edisi SP yang berjaya mendaftar motosikal Yamaha NVX 155 Edisi SP mereka dalam aplikasi Genblu Rewards akan menerima satu kotak hadiah edisi terhad yang mengandungi satu figura Brody NVX dan satu kad hologram eksklusif.
• Figura edisi terhad ini hanya terhad kepada 1000 unit sahaja
• Kelayakan adalah berdasarkan ‘siapa cepat, dia dapat’ dan sementara stok masih ada.
• Setelah pendaftaran motosikal disahkan menerusi aplikasi Genblu Rewards, figura akan dihantar terus kepada penerima melalui pos.

Koleksi Figura GAYAPOP Blind Box Empat figura Brody yang lain akan menjadi hadiah percuma melalui aplikasi Genblu Rewards Points ‘topup’ di kedai pengedar sah Yamaha terpilih di seluruh negara bermula 1 November 2025.
• Pelanggan yang membuat ‘topup’ minimum RM80 dalam tempoh kempen akan menerima:
i. 2.5x point bonus yang bersamaan 200 mata GBR
ii. Satu (1) Blind Box Figurine ‘GAYA POP’ secara automatik bagi setiap top up RM80 sebagai hadiah percuma.
iii. Figura-figura tertakluk kepada ketersediaan stok selagi stok masih ada.

Penyertaan Cabutan Bertuah Utama Setiap 200 mata GBR boleh digunakan untuk menebus satu (1) penyertaan sekali gus berpeluang untuk menyertai ‘Cabutan Bertuah Utama’ berupa sebuah motosikal Yamaha NVX 155 SP Edisi Terhad ‘Yamaha x MPL’.

Pemenang akan diumumkan semasa MPL MY Season 16 Grand Finals pada 16 November 2025. Peraduan ini tidak menghadkan penyertaan dan peminat-peminat boleh menebus sebanyak mana penyertaan yang diingini (sebagai contoh 1 penyertaan = 200 mata GBR)

Hadiah Kolektor Utama
• Tiga (3) pelanggan pertama yang berjaya mengumpul kesemua lima figura Brody bertemakan ‘Yamaha x MPL’ bakal menerima hadiah wang tunai berjumlah RM3,000 dan sebuah kotak pameran kolektor edisi khas.
• Sementara tujuh (7) pelanggan seterusnya yang berada pada kedudukan (Tempat 4- 10) berjaya mengumpul set penuh akan menerima kotak pameran kolektor eksklusif sebagai ganjaran.