Mega TTS Pendang 2022, Penganjuran Kali Yang Kelima Dipenuhi Aktiviti Lain Dari Yang Lain

Pendang Stable telah menjadi lokasi berlangsungnya Mega TTS Pendang 2022 yang diadakan pada 16 September lalu. Program ini merupakan anjuran kali kelima Pendang Bikers Club yang dihadiri lebih kurang seramai 350 hingga 500 orang dan dipadatkan pelbagai aktiviti menarik.

Dirasmikan oleh Dato Shazryl Eskay Bin Abdullah, program ini mendapat sokongan pemilik Pendang Stable iaitu saudara Sayuti Bin Abdul Halim. Selain menghimpunkan para peminat jentera dua roda seluruh utara dan Kedah, pelbagai aktiviti lain turut diadakan.

Antara aktiviti menarik yang telah disediakan adalah seperti sesi sumbangan kepada Asnaf dan murid-murid sekolah, serahan cenderahati kepada grup bikers, gunting rambut percuma, menunggang kuda percuma, sukan memanah percuma dan cabutan bertuah.

Program ini juga dimeriahkan lagi dengan pertandingan motor klasik, menyaksikan motor-motor retro mengambil bahagian dengan sentuhan unik serta mengimbau kembali sejarah dan memori lama. Kemeriahan dan keseronokan ahli-ahli kelab Pendang Bikers ini pastinya tidak berhenti di sini kerana ia bakal diadakan setiap tahun sebagai aktiviti tahunan.

Menurut presiden Pendang Bikers, En. Mohamad Termizi Abu Seman berkata, Pendang Bikers Club akan meneruskan lagi aktiviti seperti ini. Antaranya, program untuk mengembara ke pondok Pattani. Tahniah diucapkan kepada presiden dan juga ahli-ahli PBC yang lain. Semoga lebih banyak dan lebih meriah lagi penganjuran program yang akan datang.

Sumber : ~kNor~