Berlokasi di Teratak Anjung Resort Kuala Trong Perang telah berlangsungnya program MBG Ride Camp Out. Dianjurkan oleh Motoburuk Garage, program ini diadakan selama 3 hari bermula dari 28 Ogos sehingga 30 Ogos yang lalu dan melibatkan para pemilik Vespa, Lambretta, Chopper, Cafe Racer, Custom Bike dan juga kenderaan klasik. Jumlah kehadiran yang menyertai program ini sangat memberangsangkan dan dapat dilihat ratusan buah motosikal klasik turut hadir memeriahkan lagi penganjuran MBG Ride Camp Out yang datang dari serata pelusuk negeri.
Untuk makluman, MBG Ride Camp Out ini bertemakan camping dan ramai rider yang datang dari jauh telah tiba ke tapak acara untuk pendaftaran pada 28 Ogos. Keesokan harinya, aktiviti dimulakan dengan Flat Track Race melibatkan 6 kategori. Selain peserta tempatan, ada juga penyertaan para peserta dari Ipoh, Kuala Lumpur, Taiping dan beberapa negeri lain.
Acara perlumbaan bermula meriah dan berjalan sangat santai, sesuai dengan tema MBG. Litar sementara ini dibina khas untuk para peserta berhibur dan mematuhi aspek-aspek keselematan yang telah ditetapkan. Malah, pihak penganjur juga menyediakan marshall, track crew dan juga ambulans untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Pada sebelah malamnya, ketika sesi makan malam dan barbeku, para peserta dihiburkan dengan persembahan dari band undergorund.
Seterusnya, pada 30 Ogos pula telah berlangsungnya pertandingan motosikal tercantik yang dibahagikan kepada 13 kategori. Dapat disaksikan kehadiran motor-motor yang cun dan juga rare menyokong program MBG ini. Aturcara telah berakhir sekitar pukul 3 petang setelah selesai pemberian hadiah dan juga cabutan bertuah. Terima kasih diucapkan kepada jurugambar bertugas, KAPTEN OHDEER dan Hafiz Ahmad Photography.
Walaupun masih dalam PKPP, semua peserta yang hadir sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. Terima kasih kepada semua peserta yang hadir, jumpa lagi tahun depan di MBG2021.
Kredit : KAPTEN OHDEER dan Hafiz Ahmad Photography