Sejak kebelakangan ini, pasaran untuk segmen skuter elektrik semakin hangat. Baru-baru ini, Gogoro meluaskan jaringan bateri boleh tukarnya, BMW pula mendedahkan futuristik uber CE04 dan Aprilia juga dikatakan akan mula menceburi segmen yang sama tidak lama lagi.
Walaupun dibanjiri dengan berita-berita tentang perkembangan mobiliti urban, kita masih belum melihat motor elektrik berkapasiti rendah yang mampu memberikan impak. Namun begitu, menurut laporan penulis Micah Toll di Electrek, ada sesuatu yang menarik sedang berlaku dalam industri permotoran.
Menurut laporan tersebut, Toll menemui motor Tromox dari China ini ketika EICMA 2019 yang membuat penampilan pertamanya menerusi motor Mino. Syarikat yang berlokasi di Hangzhou ini menugaskan sebuah firma Itali untuk merealisasikan impian moto mini dirt bike/dual sport beak dengan menambahkan elemen adventure. Warna cyan dan hi-viz menambahkan lagi keseronokan tetapi hasilnya melangkaui permulaan syarikat China ini.
Sama seperti Honda Grom terbaharu, Tromox telah menyatukan lebih 30 titik keras ke dalam reka bentuknya, menjadikan motor Mino ini mudah disesuaikan. Motor mini dilengkapi dengan empat pilihan kapasiti bateri 60V (2.3 kWh, 1.9 kWh, 1.6 kWh, dan 1.3 kWh) dengan berat 149 paun. Sekiranya penunggang mampu mengekalkan speedometer pada 18.6 mph, motor ini boleh mencecah sehingga 73 batu dalam sekali pengecasan dan Mino mampu mencecah kelajuan tertinggi pada 37mph.
Sentuhan premium dapat dilihat menerusi fork depan dan juga brek cakera yang bukan sahaja memberikan Mino lebih prestasi malah aplikasi telefon pintar membolehkan pengguna melakukan modifikasi kepada karakter Mini mengikut kehendak mereka.
Mino sudah pun berada di pasaran China dan telah pun mengesahkan pengedaran ke negara-negara Asia dan juga Eropah. Syarikat ini dijangka akan mula jualan berasaskan EU pada musim bunga tahun 2021. Manakala Mino akan memasuki pasaran Amerika Syarikat bermula hujung tahun hadapan.
Sumber : RideApart.com