Majlis Rumah Terbuka Welly Sempena Tahun Baru Cina 2019

Welly Advance Bikers yang berlokasi di Taman Sri Batu Caves telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka sempena Tahun Baru Cina 2019 dan dibanjiri para pengunjung yang terdiri dari pelanggan serta peminat tegar dunia permotoran. Diadakan pada 23 Februari lalu bermula dari 11.00 pagi sehingga 3.00 petang, majlis ini dipadatkan dengan pelbagai aktiviti lain walaupun dalam masa yang agak singkat.

Selain dijamukan makan tengah hari secara buffet seperti sate kepada para tetamu yang hadir, Welly Advance Bikers turut menyediakan sesi Tunggang Uji model-model motor jenama Kawasaki untuk menghangatkan lagi suasana Rumah Terbuka ini. Lebih istimewa lagi, sebanyak 57 orang pelanggan yang bernasib baik juga berjaya membawa pulang hadiah-hadiah menarik menerusi segmen Cabutan Bertuah.

Tahniah diucapkan kepada Welly Advance Bikers kerana menganjurkan majlis Rumah Terbuka ini yang bukan sahaja meraikan kemeriahan perayaan Tahun Baru Cina bersama-sama, malah dalam masa yang sama menghargai para pelanggan. Tahniah juga kepada para pelanggan yang sudi meluangkan masa dan menyemarakkan lagi penganjuran majlis ini sekali gus mengukuhkan ukhwah yang sedia terjalin.

Welly Advance Bikers Sdn Bhd
Kawasaki Exclusive Service Centre
No. 1-3, Jalan Sri Batu Caves 9,
Taman Sri Batu Caves,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel : 03 – 6188 2346
Whatsapp: 017-252 1033 (Eugene) , 017-258 1033 (David Lim) 017-490 1033 (Aziz)
Facebook : www.facebook/wellyadvancebikers
Facebook : www.facebook.com/WellyAccessoriesApparels/