LS2

Kemalangan tidak boleh boleh dijangka tetapi ia dapat dielakkan dengan mengambil langkah-langkah keselamatan tertentu. Tidak ada salahnya bergiat aktif dengan melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti sukan lasak seperti motocross atau lumba motosikal kerana yang penting, segala perkakasan terlibat berada dalam keadaan baik diikuti persediaan rapi yang mencukupi. Salah satu perkara yang harus diberi keutamaan adalah helmet atau topi keledar. Penunggang motosikal juga perlu mengetahui kepentingan memilih helmet yang bersesuaian tanpa membelakangkan kualiti serta terjamin selamat digunakan.

Antara jenama helmet yang popular di seluruh dunia dan dikenali kerana kualiti serta penampilan yang menarik adalah LS2. Jenama ini bukan sahaja mengeluarkan helmet berkualiti tinggi, malah turut menawarkan helmet yang digunakan khusus untuk perlumbaan. Diperbuat dari bahan-bahan berkualiti, direka untuk keselesaan dan dijual pada harga yang berpatutan menjadikan helmet LS2 mampu dimiliki oleh para penunggang dan pelumba motosikal dari seluruh dunia. Selain menikmati keseronokkan menunggang motosikal, helmet LS2 memberikan keselesaan dan menjamin keselamatan kepada para penggunanya.

LS2 mengeluarkan pelbagai jenis helmet termasuk Beanie, Open Face, Motocross, Full Face dan helmet modul yang direka untuk dewasa dan juga penunggang motosikal junior yang dihasilkan dari polycarbonates, kaca gentian dan gentian karbon. Bagi makluman anda, helmet LS2 direka di Eropah dan menerima sijil Motorcycle Helmet Standards. Helmet terbaharu keluaran LS2 telah pun berada di pasaran iaitu LS2 FF327 Challenger, LS2 MX436 Pioneer dan LS2 FF313 Vortex.

LS2 FF327 Challenger
– Helmet muka penuh berprestasi tinggi yang direka oleh pelumba untuk pelumba
– Rekaan jurutera LS2 di Sepanyol yang berkerja dengan para pelumba LS2 MotoGP, Moto2 dan Moto3
– Helmet paling inovatif dan selamat di pasaran
– Saiz : M/L/XL/XXL/3XL
– Warna : Fusion Blue Red, Magic Wineberry Black, Squadron Matt Hi Vis Yellow

LS2 MX436 Pioneer
– Khusus untuk pelumba motocross, Moto Country dan Enduro
– Direka oleh pakar-pakar jalan lasak yang bekerjasama dengan pelumba LS2 dari Cross, Enduro dan Supermotard Championship Series
– Saiz : S/M/L/XL/XXL/3XL
– Warna : Ring Black Titanium Hi Vis Yellow

LS2 FF313 Vortex
– Jaminan keselamatan maksima
– Selesa untuk para pengguna
– 100% gentian karbon yang digunakan secara meluas dalam industri penerbangan, Formula 1 dan MotoGP
– terbaik untuk malam dan siang, jalan-jalan bandar atau pengembaraan jauh
– Saiz : M/L/XL/XXL
Warna : Solid Matt Carbon / Frame Matt Carbon Hi Vis Yellow

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi;
YH Pro Motoworld Holdings S/B
No. 986 Jalan Rozhan,
Cherok Tokun Bawah,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang
No Tel : 04 – 551 2254
Facebook : LS2 Helmets Malaysia
Web : http://www.ls2helmets.com/