Lokasi Strategik & Pelbagai Pilihan Menarik, Jadi Tumpuan Baharu Komuniti Permotoran Dua Roda

Suasana meriah menghiasi Jalan Genting Kelang pada petang Sabtu apabila Tokan Helmet secara rasmi membuka cawangan terbaharunya di Kuala Lumpur. Acara pembukaan besar-besaran ini menjadi tumpuan ramai peminat motosikal dan pelanggan setia yang hadir untuk meraikan majlis yang menandakan pencapaian penting sebuah kedai aksesori permotoran dua roda yang semakin kukuh dan mendapat tempat dalam kalangan penunggang motosikal.

Majlis bermula sekitar jam 2 petang dengan kehadiran pelanggan, rakan niaga serta ahli keluarga yang turut sama memeriahkan acara. Suasana di luar premis dipenuhi dengan dekorasi menarik serta khemah santapan untuk para tetamu. Hidangan bufet yang disediakan turut menambahkan kehangatan suasana, dengan pelbagai juadah tempatan menjadi pilihan pengunjung.

Di dalam kedai, para tetamu berpeluang melihat sendiri koleksi topi keledar pelbagai jenama termasuk ACES, NHK, MT, dan JARVANNA, yang tersusun rapi di ruang pameran. Cawangan ini menawarkan lebih banyak pilihan untuk pelbagai gaya tunggangan, Dari harian ke sporty, dengan pelbagai warna dan rekaan moden yang pasti menarik perhatian. Tokan Helmet juga menekankan aspek keselamatan dan kualiti dalam setiap produk yang dijual, memastikan pelanggan mendapat perlindungan terbaik di jalan raya.

Acara kemuncak ialah sesi cabutan bertuah dan penyampaian hadiah penghargaan kepada pelanggan bertuah yang hadir. Turut hadir dalam majlis ini ialah ahli keluarga serta rakan-rakan industri yang memberikan sokongan moral terhadap perkembangan cawangan baharu ini. Ia menjadi simbol kepada semangat kerja keras dan kepercayaan pelanggan yang membawa Tokan Helmet ke tahap hari ini.

Dengan pembukaan rasmi cawangan Kuala Lumpur ini, Tokan Helmet mengukuhkan lagi kedudukannya bukan sekadar kedai, tetapi satu komuniti yang menyatukan penunggang dari pelbagai latar belakang. Tahniah Tokan Helmet Kuala Lumpur, semoga terus maju dan menjadi destinasi utama pilihan penunggang di seluruh Malaysia!