Litar Antarabangsa Sepang Masih Tersenarai Sebagai Tuan Rumah

Pengumuman jadual sementara untuk musim 2022 MotoGP pastinya membuat para peminat tegar sukan lumba motor berprestij dunia ini tersenyum sendiri. Dengan pelbagai cabaran yang berlaku sepanjang musim 2021 yang masih lagi berbaki ini, musim yang akan datang semestinya menjanjikan lebih banyak drama dan episod menarik. Tidak kurang juga, ramai yang berharap agar pandemik bukan lagi menjadi alasan pembatalan atau penundaan mana-mana pusingan akan datang.

Sebagaimana yang dapat dilihat, jadual atau kalendar sementara untuk musim 2022 ini telah pun didedahkan dan dikongsi oleh netizen. Sebanyak 21 pusingan bakal diadakan di seluruh dunia di litar-litar bersejarah dan juga ikonik seperti yang telah dikongsikan oleh akaun rasmi MotoGP di Instagram.

Pusingan pembukaan akan diadakan pada 6 Mac di Qatar (Litar Antarabangsa Losail), diikuti di Indonesia. Manakala Litar Antarabangsa Sepang pula dijadualkan menganjurkan dan menjadi tuan rumah MotoGP pada 23 Oktober. Bersesuaian dengan kalendar sementara, kemungkinan beberapa perubahan akan berlaku bergantung kepada situasi semasa setiap negara yang bakal menjadi tuan rumah.

Sumber : Rideapart