Lebih 1700 Motosikal Vintaj Dan Unik Dilelong!

Mecum Motorcycle Auction yang terletak di Las Vegas dilaporkan sedang menjual beratus-ratus motosikal vintaj dan unik secara besar-besaran. Program selama 4 hari ini diadakan di Pusat Konvensyen Las Vegas, bermula dari pagi hari Rabu dan dikatakan sebagai satu acara program lelong motosikal terbesar yang pernah diadakan.

Program yang sama telah dibatalkan tahun lepas tetapi ia teruskan pada tahun ini dengan lebih 1,700 motosikal bakal dilelong. Sebagaimana yang diketahui, Mecum Motorcycle Auction menghimpunkan koleksi motosikal yang jarang ditemui, antik dan ada juga yang telah dimodifikasi.

Memandangkan pandemik masih belum reda, pihak penganjur tidak membenarkan orang awam menghadiri program ini. Ia hanya terbuka kepada para pembida dan tetamu yang telah berdaftar sahaja.

Sumber : Wate.com