Lawatan FKR Ke Pusat Jagaan Rumah Orang Tua Chik Sin Thong Klang

Demi memenuhi projek Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility), FKR Marketing Sdn. Bhd. telah mengadakan program lawatan ke Pusat Jagaan Rumah Orang Tua Chik Sin Thong Klang pada 23 November lalu. Bertempat di Jalan Langat, pusat jagaan ini diuruskan oleh The Association Of Klang dan Coast Chik Sin Thong Old Folks Home Selangor. Pusat jagaan ini menempatkan seramai 15 orang wanita, 13 orang lelaki dan dikendalikan oleh 5 orang tenaga kerja.

Objektif utama program ini diadakan adalah untuk berkongsi kebahagiaan dan kegembiraan khususnya kepada golongan warga tua di pusat jagaan ini. Selain itu, ia juga dapat membantu mengukuhkan jenama FKR Marketing Sdn. Bhd dan secara tidak langsung, memberi sumbangan kepada masyarakat. Dalam masa yang sama, menyuntik semangat patriotik dan warga yang bertanggungjawab untuk komuniti dan seterusnya kepada negara Malaysia.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang berlangsungya program ini yang disertai seramai 31 orang kakitangan FKR Marketing Sdn. Bhd. Program dimulakan dengan senaman pagi diikuti ucapan pembukaan dari pengerusi Chik Sin Thong dan Pengurus Besar FKR Marketing Sdn. Bhd sebelum diteruskan dengan majlis makan tengah hari, sesi nyanyian dan juga berdansa. Acara diteruskan dengan penyerahan angpau dan pemberian hadiah-hadiah istimewa seperti barangan elektrik sekali gus menutup program ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang FKR Marketing, hubungi;
FKR MARKETING SDN BHD
No. 2A, Jalan Wawasan 3/Ku7,
Sungai Kapar Indah,
42200 Klang,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel :
03 – 3291 1901/ 03 – 3291 0178-80
Emel :
Domestik: leeyw@fkr.com.my
Eksport:
stevenng@fkr.com.my
Facebook :
https://www.facebook.com/fkrmarketingsdnbhd/
Instagram :
https://instagram.com/fkrmarketingsdnbhd?igshid=h0y7yccaj338
Youtube :
https://www.youtube.com/channel/UCb7vWB5poG1Nvj2KsnH_r9A?fbclid=IwAR2PbJ_vocIAjhXYslNcUmfOXckLtAyMBGLS_HyYITNRVc3BUgkCHZYKIvw
Web :
http://www.fkr.com.my