Setelah sekian lama motosikal tersimpan elok dalam garaj sepanjang tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang lalu, tiba masanya untuk panaskan enjin dan hangatkan tayar membelah jalan. Tidak kiralah samada aspal, tanah merah, batu kelikir, berlumpur atau lorong denai sempit sekalipun. Ambil peluang ini untuk melapangkan minda dari segala kekusutan.
Sebelum itu, adakah jentera dan diri anda sendiri sudah bersedia untuk kembali menunggang? Sudah periksa keadaan tayar? Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang, adakah tayar anda sekarang mampu meredah segala permukaan jalan tanpa masalah?
Jangan yakin sangat sebaliknya periksa keadaan tayar. Tambah pula kalau sudah merancang untuk perjalanan jauh, sangat penting untuk mempertimbangkan dari segala segi dan tayar terbaik serta paling tepat untuk situasi sekarang adalah tayar baharu MICHELIN® Commander® III yang sesuai untuk semua motosikal V-Twin Cruisers dan Touring
Cengkaman Yang Kemas Untuk Cruiser dan Touring Bikes Di Permukaan Jalan Yang Basah
– MICHELIN® Commander® III Cruiser menawarkan cengkaman kemas dan jarak berhenti yang singkat (pendek) di permukaan jalan yang basah berbanding jenama lain.
Michelin Commander III Touring
– Direka untuk semua jenis tayar Touring Bike
– Corak bunganya direka untuk memberikan prestasi serta daya ketahanan jauh lebih lama berbanding MICHELIN® Commander® II
– Ia juga mampu membawa penunggang lebih jauh dengan adanya cengkaman yang kuat serta tahan lasak, mengatasi kemampuan yang ada pada model tayar keluaran terdahulu.
Michelin Commander III Cruiser
– Direka untuk semua jenis tayar V-Twin Cruiser
– Corak bunganya direka untuk memberikan prestasi serta daya ketahanan jauh lebih lama berbanding MICHELIN® Commander® II
– Ia juga mampu membawa penunggang lebih jauh dengan adanya cengkaman yang kuat serta tahan lasak, mengatasi kemampuan yang ada pada model tayar keluaran terdahulu.
Prestasi Tanpa Kompromi
– MICHELIN® Commander® III meningkatkan lagi kecekapan serta cengkaman ketika di permukaan jalan yang basah serta tahan lebih lama.
Technology Premium Touch™ dari Michelin
Rekaan dinding tepi tayar pada MICHELIN® Commander® III secara tidak langsung meningkatkan serta menyerlahkan lagi motosikal V-Twin.
Untuk maklumat lanjut, hubungi;
Michelin Malaysia Sdn Bhd
Unit 901 & 904 Level 9 Uptown 2,
No 2 Jalan SS 21/37,
Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel : 03 – 7680 3888 / 017 – 322 5477
Facebook :https://www.facebook.com/MichelinMalaysia/
Web :https://www.michelin.com.my/