Lagi Bakal Lenyap?

Mungkin tidak ramai ingat tentang artikel yang membincangkan beberapa model motosikal yang berhadapan dengan ancaman bakal lenyap sebelum ini. Sebanyak lima model telah dibincangkan dan kali ini, lagi lima model motosikal akan dibincangkan. Kenapa motor-motor ini dikatakan bakal lenyap?

Sebagaimana yang disebut dalam artikel sebelum ini, pelbagai faktor menjadi penyebab. Salah satu penyumbang terbesar adalah perkembangan pesat dunia dua roda sendiri yang menyaksikan kemunculan model keluaran terbaharu. Secara tidak langsung, persaingan jentera dua roda ini semakin sengit yang membuatkan model-model terdahulu semakin ketinggalan, dilupakan dan akhirnya lenyap begitu sahaja.

Kali ini, terdapat lima lagi model motosikal dijangka bakal lenyap menurut laporan yang disediakan oleh Web Bike World.

BMW K 1200 R (2004-2008)
Tidak pernah memasuki pasaran Amerika Syarikat dan ia merupakan salah satu contoh motosikal hebat yang boleh lenyap dalam sekelip mata. Motosikal naked supersport ini mendapat pelbagai ‘penghargaan’. Sebagai contoh, sewaktu dilancarkan buat pertama kalinya, BMW Motorrad mengatakan bahawa K 1200 R ini merupakan sebuah naked bike paling berkuasa di pasaran.

Tidak dinafikan, dengan 163hp dan tork 94 lb-ft ia memang sebuah motosikal paling berkuasa dalam kelasnya sehinggalah kemunculan Suzuki B-King yang merampas gelaran tersebut dengan 183hp. Walaupun begitu, ia masih lagi sebuah jentera BMW yang cukup pantas yang datang dari enjin 4-lejang 1,157cc dengan pemecutan pantas dan kelajuan paling tinggi yang lebih tinggi.

Walaupun menjadi sebuah jentera motosikal canggih yang dihasilkan pada tahun ia dikeluarkan, ia juga ditakdirkan untuk lenyap dengan terlalu pantas. Di United Kingdom, pada suku tahun pertama, hanya 2,164 model direkodkan berada di atas jalan raya. Kalau diukur dari sudut metrik, ia dijangka akan keluar dari kitarannya sekitar suku tahun keempat tahun 2029.

BMW R 1100 S (1998-2005)
Satu lagi motor BMW? R 1100 S dikenali sebagai sebuah motosikal yang memang cantik. Dikeluarkan di antara tahun 1998 dan 2005, ia sebuah motor yang menentang klasifikasi konvensional dengan memberikan fokus terhadap sport tourer sporty, lengkap dengan rearset, pemegang bar clip on, penutup tempat duduk pillion. Ia bukanlah sebuah motosikal sport tourer konvensional.

Mungkin sukar untuk mengenalpasti chasis tetapi enjin yang digunakan adalah BMW. Ia turut dilengkapi dengan enjin boxer-twin ‘oilhead’ 1,085cc dengan kepala silinder penyejuk minyak dan penyejuk udara. Kuasa maksima pula adalah 98hp dengan tork 72 lb-ft. Secara keseluruhannya, ia sebuah motor yang mengagumkan.

Sayangnya, pada hari ini tidak banyak motor R 1100 S ditemui di atas jalan raya. Sekurang-kurangnya bukan di United Kingdom yang hanya mencatatkan sebanyak 2,035 unit pada tahun 2020. Mengikut kiraan terkini, ia dijangka akan lenyap sekitar suku keempat tahun 2029.

Honda VTR1000F (1997-2006)
Dikenali sebagai SuperHawk di Amerika Syarikat dan Firestorm di tempat-tempat lain, VTR1000F adalah sebuah sport bike V-twin yang dikeluarkan Honda di antara tahun 1997 dan 2006. Jika dibandingkan dengan motor seperti CBR900RR, VTR1000F tidak dibuat sebagai motor performance penuh sebaliknya sebuah sport bike yang mesra pengguna dan tag harga yang ekonomikal.

VTR1000F menampilkan ciri-ciri yang mengujakan termasuk HMAS (Honda Multi-Action System) fork dan penyerap hentak, kerangka tanpa pivot, radiator sisi dan banyak lagi. Enjin V-Twin 996cc menghasilkan 104hp dan tork 64.9 lb-ft, dengan kelajuan tertinggi 155 mph.
Jika bukan disebabkan kehadiran CBR900RR, motor ini mampu menjadi sebuah sports bike yang laris. Buat masa ini, hanya ada 1,996 unit dicatatkan masih berada di atas jalan raya di United Kingdom. Menurut BikeSure, ia akan lenyap sepenuhnya di atas jalan raya di penghujung tahun 2028.

Honda ST 1100 (1990-2002)
Satu lagi motor Honda, ST 1100 dikeluarkan di antara tahun 1990 dan 2002 yang merupakan sebuah motosikal sport-touring. Tidak seperti CBR900RR (sekali lagi disebut?), ST 1100 tidak mempunyai sebarang ciri-ciri nostalgia estetik olskool di bahagian luarannya.

Apa yang menarik, ST 1100 dilengkapi enjin V4 longitudinal 1,085 bersama shaft drive, yang membekalkan hentakan kuasa yang tidak dapat dijangkakan. Dengan 100hp dan tork 79 lb-ft, ia menawarkan kejutan pada sudut prestasinya. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan ABS pilihan dan kawalan traksi bersama beberapa aksesori lain yang menjadikan ia pilihan ideal untuk perjalanan jauh.

ST 1100 digantikan dengan model yang lebih besar dan terkini, ST 1300. Hari ini, tidak banyak yang tinggal di United Kingdom. Hanya 1,680 dicatatkan dan BikeSure meramalkan ST 1100 akan menjadi sejarah sekitar suku kedua tahun 2029.

Suzuki GSX-R750 (1985-1988 & 1988-1991)
Dijangka akan lenyap pada tahun 2030—tetapi bukan semua model GSX-R750, cuma model Gen 1 dan Gen 2. Tidak dapat dipastikan adakah ia benar memandangkan versi lama GSX-R750 dan beberapa model sportbike olskool dengan headlight mata bulat serta fairing 80an bakal muncul semula. Mungkin ya, mungkin tidak tetapi kalau tidak, ini apa yang dunia akan ketinggalan pada tahun 2030 nanti.

Suzuki GSX-R750 membuat kemunculan pada tahun 1985, motor yang direka sebagai replika motor luma Suzuki endurance pada era itu. Suzuki GSX-R750 merupakan replika lumba pertama yang mampu milik dan boleh digunakan sebagai kegunaan harian di atas jalan biasa.

Dilengkapi dengan enjin 4 lejang 750cc, penyejuk cecair yang menghasilkan 100hp dan tork lb-ft serta kelajuan tertinggi sehingga 145 mph, ia merupakan sebuah motor yang benar-benar berkuasa. Salah satunya kerana ia dihasilkan dari DNA perlumbaan yang tidak banyak model seperti ini dikeluarkan ketika itu. Mungkin kerana itu juga, ia tidak diharapkan untuk berada di atas jalan raya melepas tahun 2030.

Sumber : Webbikeworld.com