Bertempat di Labuan International Sea Sport Complex, telah berlangsungnya Labuan International Bike Week 2019 atau LIBW2019 yang diadakan pada 1 hingga 3 November lalu. Acara ini dianjurkan Dominant Marketing Agensi (DMA) dan merupakan legasi Victoria Bike Festival yang diadakan semenjak 2016, cuma nama sahaja yang diubah.
Menurut pengerusi penganjur, Marrafandi Mohd Kassim berkata, hanya dua perkara yang diubah; nama acara dan juga lokasi tapak acara yang sekarang di kawasan parkir Medan Selera. Kehadiran pengunjung luar ke LIBW dianggarkan melebihi 4,000 orang. Pengangkutan utama dari tanah besar ke pulau Labuan ini iaitu feri telah dibanjiri pelbagai jenis motosikal keluar masuk sepanjang LIBW2019 berlangsung.
YB Datuk Rozman Datuk Hj Isli, ahli parlimen Labuan turut sama hadir bagi merriahkan acara dan sekali gus merasmikan acara. Menurut Datuk Rozman, LIBW2019 merupakan acara yang paling besar dan diakui berjaya menarik pengunjung melebihi sasaran ke Labuan bagi tahun 2019. Beliau juga menyokong penuh acara LIBW diteruskan dan menjadi acara tahunan di pulau Labuan.
LIBW telah mengangkat martabat pulau Labuan serta menjana ekonomi peniaga tempatan. Kebanjiran peminat dunia permotoran ke pulau Labuan menyaksikan hotel-hotel menerima tempahan seawal bulan September lagi. Begitu juga dengan peniaga makanan dan cenderahati yang boleh diibaratkan seperti mendapat durian runtuh.
Namum begitu, dana merupakan isu yang menghantui penganjur kerana tanpa dana yang mencukupi maka pincanglah acara. Sokongan dari pihak berwajib dialu-alukan bagi mendokong Marrafandie Mohd Kassim, anak jati Labuan dalam menjayakan acara. Jelas LIBW terbukti sebagai salah satu tarikan kepada pengunjung luar untuk mengunjungi pulau Labuan. Diharakan pihak berwajib turut sama turun padang bersama DMA dalam menjayakan acara LIBW di masa akan datang. Sokongan dan kerjasama pihak berwajib didambakan. Keprihatinan pihak berwajib di pulau Labuan ibarat mentari yang menyinari LIBW.
Disediakan oleh : Janggo