Kymco AK 550 Kini Dengan Pematuhan Euro 5

Sejak kebelakangan ini, semakin kerap skuter maxi menjadi tajuk utama. Tidak ketinggalan, skuter maxi keluaran Kymco AK 550 barisan terbaharu yang telah dikemaskini dengan pematuhan Euro 5. Berbanding pesaingnya Yamaha TMAX 560, AK 550 dijual pada harga mampu milik.

Sebagaimana TMAX, AK 550 juga dikuasakan enjin parallel-twin yang menawarkan penunggangan lebih lancar berbanding skuter maxi bersesaran lebih kecil. Selain itu, AK 550 juga dilengkapi dengan sistem ekzos yang mematuhi standard Euro 5. Walaupun enjin AK 550 kurang 10 kiub berbanding Yamaha, ia menghasilkan lebih kuasa pada 51hp dan tork 55.6Nm (41 lb-ft).

Bukan itu sahaja, AK 550 ini turut mendapati beberapa revisi elektronik terbaharu seperti sistem throttle-by-wire baharu. Selain itu, AK 550 dilengkapi dengan aluminium ringan, brek Brembo dan suspensi peggantungan yang terdiri daripada fork terbalik di bahagian hadapan dan monoshock belakang yang boleh dilaraskan.

Sumber : Rideapart.com