KW Keat Wei Motor, Sediakan Pelbagai Perkhidmatan & Pilihan

Cawangan KW Keat Wei Motor yang terletak di Jalan Langgar, Alor Setar, secara rasmi dilantik sebagai MForce Smartshop pertama di negeri Kedah. Menyediakan pelbagai pilihan seperti urusan pembelian motosikal di bawah MForce, antara perkhidmatan yang diberikan KW Keat Wei Motor Smartshop adalah seperti skim pinjaman, syarat asas, khidmat penghantaran motosikMal dan juga pusat servis.

Ketua Jualan dan Pemasaran KW Keat Wei Motor, Mohd Khairul Azwan Ab Hassan, syarikat yang telah didirikan sejak 10 tahun yang lalu merupakan cawangan yang ke-14 syarikat terbabit.

“Di KW Keat Wei Motor, kami mempunyai 30 cawangan bukan sahaja di Kedah, malah turut berkembang dengan membuka cawangan di Perlis (dua cawangan) dan Perak (dua cawangan).

“Selepas ini kami akan mengembangkan sayap KW Keat Wei Motor di utara Perak, Selangor dan di Kuantan, Pahang bagi kemudahan pembeli di kawasan Pantai Timur,” ujar Khairul yang turut melatih seramai 300 kakitangan di KW Keat Wei Motor.

Pelancaran rasmi MForce Smartshop KW Wei Motor turut dimeriahkan dengan pelancaran dua model jenama Cyclone, Cyclone RT2S dan Cyclone RT5 bersempena majlis penganugerahan MForce Smartshop KW Keat Wei Motor Sdn. Bhd.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh barisan pengurusan KW Keat Wei Motor Sdn. Bhd. serta wakil pengurusan MForce Bike Holdings Sdn. Bhd., termasuk Ketua Pegawai Operasi, Encik Asri Ahmad dan Pengurus Kanan Jualan, Encik Tang Hai Teik.

Bagi mereka yang berada di sekitar bandar Alor Setar anda juga berpeluang menyertai sesi pandu uji yang disediakan serta menyaksikan sendiri dua model baharu daripada jenama Cyclone, iaitu Cyclone RT2S dan Cyclone RT5.