Kukuhkan Kedudukan Dalam Segmen Maxi & Adventure Bike

Selepas kejayaan pelancaran ZONTES 368G pada Januari lalu, ZONTES kembali membuat kejutan di Malaysia Autoshow 2025 dengan memperkenalkan tiga model baharu iaitu ZONTES 368D, ZONTES 368E dan ZONTES 703F. Ketiga-tiga model ini ditawarkan pada harga anggaran bermula bawah RM25,000 untuk 368D, bawah RM27,000 untuk 368E dan bawah RM40,000 untuk 703F, dan kini boleh mula ditempah di semua pengedar sah ZONTES di seluruh negara.

ZONTES 368D merupakan skuter urban maxi yang ringan dan berkuasa, diinspirasikan daripada model 350D terdahulu. Dengan berat hanya 175kg dan enjin 368cc berkuasa 28.5kW serta 40Nm tork, model ini direka untuk penunggangan lincah di bandar. Ia turut dilengkapi dengan skrin TFT 6.75”, port USB Type-A dan Type-C, kamera depan dan belakang, sistem brek J.Juan, ABS dwi-saluran serta TCS untuk keselamatan maksimum.

Bagi penunggang yang gemar perjalanan jarak jauh, ZONTES 368E tampil sebagai skuter touring maxi yang menawarkan tangki bahan api 17L, kecekapan sehingga 3.5L/100km, tempat duduk ergonomik, skrin angin elektrik yang lebih besar serta ruang simpanan bawah tempat duduk yang luas. Ia turut hadir dengan pemanas pemegang dan sistem kawalan pintar tanpa kunci, menjadikannya pilihan praktikal dan selesa untuk penjelajahan jauh.

Kemuncak pelancaran kali ini adalah model ZONTES 703F, motosikal pengembaraan bersesaran terbesar pernah ditawarkan oleh ZONTES. Dikuasakan oleh enjin 699cc tiga silinder sebaris dengan kuasa maksimum 70kW dan 75Nm, 703F direka untuk pengembaraan lasak dengan tangki besi 22L, suspensi boleh laras Marzocchi dan rim jenis spoke tanpa tiub. Ia hadir dalam dua varian tayar — 19” dan 21” — bagi memenuhi keperluan penunggang pelbagai jenis laluan.

Ketiga-tiga model ini menyokong aplikasi ZONTES Smart App yang membolehkan pengguna mengakses maklumat masa nyata, sejarah tunggangan dan diagnostik sistem terus dari peranti mudah alih mereka. Pengunjung Malaysia Autoshow 2025 boleh mengunjungi ZONTES Malaysia di Hall C, Booth No. 16 untuk melihat dan mencuba sendiri model-model baharu ini dari 9 hingga 15 Mei 2025 di MAEPS, Serdang.