Kotak Sisi Dengan Kemasan Aluminium

Pembuat kotak terkenal tanah air, GIVI kini memperkenalkan model terbaharu ALA36 “Alaska” Trekker Aluminium Side Case. Dibina untuk tampak lebih kukuh dan model yang diperkemaskan dengan kerangka aluminium berkualiti tinggi nyata dilihat mampu memberi pelanggan kepuasan, keselamatan dan keselesaan yang tinggi.

Dengan isipadu seberat 36 liter, kerangka ini membolehkan anda menyimpan pelbagai barang. Untuk satu kotak sahaja, ia boleh memuatkan sepasang kasut menunggang, jaket tunggangan dan banyak lagi. Ia ditambah dengan sebuah beg galas yang dipenuhi pelbagai barangan turut mampu dimasukkan ke dalam kotak penyimpan terbaharu GIVI dengan mudah.

Mekanisme penguncian dan selak dicipta bagi menampung cuaca yang ekstrem sekali gus produk ini mampu bertahan lama dan bagi pelanggan sudah pasti ia memberi keyakinan bahawa produk yang ditawarkan oleh GIVI cukup berbaloi dan mampu bertahan dalam jangka masa yang lama.

Antara ciri-ciri yang boleh didapati pada produk “Alaska” Trekker Aluminium Side Case ialah keluli yang tahan karat secara tidak langsung memberi imej kekemasan pada rekabentuk selain ia diperkuatkan bahan seperti technopolymer yang memberi perlindungan dibahagian tepi kotak terbabit.

Sistem Wireless digunakan bagi memudahkan membuka kerangka kotak dari bingkai sisi hanya dengan memutar tombol luaran yang dipermudahkan dengan penggunaan sistem kabel. Manakala sistem ‘Hold It Easy’ membolehkan sarungnya dicondongkan tanpa terungkai dari kerangka bingkai.

Proses sebegini membolehkan pembukaan penutup dengan agak mudah seandainya terdapat kotak di bahagian atas (top case) yang sudah sedia terpasang. Manakala dibahagian atas penutup boleh dibuka sepenuhnya tanpa menggunakan tali atau wayar.

Kotak Alaska Trekker Aluminium Side Case juga turut menggunakan pemegang kotak jenis ergonomik yang disatukan ke bahagian kerangka penutup dan ia mampu menampung bebanan berat maksimum sehingga 10kg.

 

Untuk maklumat lanjut, hubungi;
GIVI Asia Sdn. Bhd.
No. 11 & 13, Jalan Jasmine,
Seksyen BB10,
Kawasan Perindustrian Bukit Beruntung,
48300 Rawang,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel: 03 – 6028 3800
Emel : enquiry@givi.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/givimalaysia/
Web : https://www.givi.com.my/