Pengeluar automotif elektrik Polestar telah mendedahkan konsep roadster elektrik 02 pada bulan Mac 2022. Maklum balas dari para peminat EV telah mendorong jenama Sweden ini untuk mengumumkan model produksi mereka Polestar 6, enam bulan berikutnya iaitu pada Ogos 2022.
Sehubungan itu, pakar mobiliti elektrik Sweden CAKE mengharapkan agar sambutan yang sama diterima untuk e-bike Makka. Di bahagian hadapan, motor ini dilengkapi dengan lampu hadapan nipis LED untuk mengekalkan penampilan minimal. Manakala kelengkapan yang digunakan pula ialah 205mm Öhlins TTX22.
Makka masih lagi mengekalkan ciri-ciri yang praktikal khususnya untuk rak belakang yang eksklusif. Namun, itu hanya sebahagian sahaja kerana CAKE turut menawarkan rak lain seperti kotak di bahagian atas serta aksesori tempat duduk untuk pembonceng dan juga kanak-kanak.
CAKE memilih kuasa terhad dengan varian 31Ah, bateri 1.5kWh yang dicaj dari 0 sehingga 80 peratus dalam masa dua jam dan dari 0 hingga 100 peratus dalam masa tiga jam. Pengguna boleh menjangkakan motosikal ini mencecah sehingga 55 km. Bahagian hub interior motor magnet menawarkan 1.55kW (2.1 hp) untuk kuasa nominal dan 2.8kW (3.1 hp) untuk kuasa maksima.
Mungkin ada yang was-was melihat angka ini sehinggalah menyedari bahawa Makka mampu mengeluarkan tork 60Nm (44.3 lb-ft) pada tayar belakang dan mode 1 menggunakan ia sebaiknya untuk mendapatkan kelajuan tertinggi 45 km/j (28 mph). Namun mode 2, menjaga jangka hayat bateri dengan 25 km/j(15 mph). Sistem pemberhentian elektronik membantu ia menjana semula cas dengan setiap kali tuil ditarik.
Harga bermula dari $5,300 (RM23,450.42), CAKE x Polestar Makka ini hanya boleh didapati di pasaran Polestar. Bagaimanapun, CAKE akan tetap menjual dan menghantarnya pada unit yang terhad.
Sumber : Rideapart