Kisah Sebalik Si Merah, Moto Guzzi Falcone Sport 500 1957

Bermula dari impian 3 orang sahabat, Carlo Guzzi seorang mekanik kapal terbang dan dua juruterbang Giorgio Parodi dan Giovanni Ravelli yang berkhidmat untuk Italian Air Corp semasa perang dunia pertama. Bertempat di kediaman masing-masing, mereka merangka sebuah syarikat motosikal pasca-perang. Guzzi bertanggungjawab terhadap rekaan motosikal, Parodi menggunakan kekayaannya dengan menyumbang modal permulaan dan Ravelli pula berlumba.

Malangnya, Ravelli terbunuh pada hari-hari akhir konflik tetapi semangatnya tetap dibawa bersama dan diingat dalam logo sayap helang Guzzi. Kedua-dua Guzzi dan Parodi meneruskan perjuangan dengan mendirikan kedai di Mandello del Lario di pantai Tasik Como dan motosikal produksi mereka yang pertama ialah Normale 1921 500cc.

Boleh dikatakan, motor Guzzi lebih maju dari masanya dengan memperkenalkan sistem suspensi belakang pada tahun 1928. Ia bertugas sebagai ‘knee action’ sistem peredam tipikal yang digunakan untuk kereta-kereta terawal dan spring pula diletakkan di bahagian yang tidak kelihatan di bawah transmisi. Suspensi belakang ini pula mirip monoshock Yamaha asal kecuali lengan hayun segi tiga yang tidak menolak shock yang tersembunyi di belakang tangki gas tetapi menarik shock di bawah enjin. Apa yang lebih menarik, Moto Guzzi turut menggunakan apa yang digelar sebagai upside down fork untuk mengurangkan berat.

Selepas ia mula dibentuk pada tahun 1921, Moto Guzzi mula membuat dan bersaing dengan motosikal perlumbaan sebagai salah satu cara pengiklanan. Mereka berjaya membawa pulang lapan kemenangan Grand Prix dan memenangi 11 perlumbaan 11 Isle Of Man. Selain itu, mereka juga membina enjin grand prix eksotik V8 500cc.

Dengan pusat graviti yang sangat rendah, kawasan hadapan yang kecil dan flywheel yang sangat besar menjadikan kuasa kuda 23 tidak mencukupi yang dihasilkan enjin 500cc yang kelihatan kuat. Falcone ini lincah, tahan lama, fleksibel dan dikendalikan dengan cukup baik. Ianya dihasilkan dari tahun 1950 sehingga 1967 dan sebanyak 20,000 unit dibina yang kebanyakannya digunakan untuk tentera dan polis.

Pada hari ini, shaft drive, longitudinal crankshaft, V-Twin yang dibina pada tahun 1960an kekal sebagai flagship barisan Guzzi. Kalau anda mahu melihat Falcone Sport 500 ini dengan lebih dekat, ia ada di National Motorcycle Museum di Iowa.

Sumber : motocrossactionmag.com