Kini Berwajah Baharu, Tarik Lebih Ramai Pengunjung!

Dibina sejak tahun 1920an, stesen Shell yang terletak di Penang Road telah berjasa kepada penduduk Pulau Pinang dan komuniti yang lebih besar. Baru-baru ini, Shell telah mendedahkan wajah baharu Shell Penang Road dengan harapan dapat mengekalkan khazanah serta segala sejarahnya di masa lampau. Usaha Shell melakukan restorasi stesen ini secara tidak langsung memelihara sejara dan dalam masa yang sama bergerak seiring dengan zaman moden.

Shell Penang Road berbangga dapat mengekalkan perjalanan yang penuh bersejarah dan memberikan perkhidmatan tanpa henti walaupun di saat-saat sukar termasuk bertahan dan menjadi saksi ketika zaman perang dunia kedua dan kemerdekaan Malaysia. Berlokasi di Buffer Zone di Penang Heritage Zone, kawasan yang popular dengan para pelancong yang menghargai tinggalan sejarah di Shell Penang Road ini. Selain itu, Shell Penang Road akan disenaraikan di bawah Penang Heritage sebagai mercu tanda kebudayaan yang penting.

Walaupun Shell berusaha untuk memperingati seni bina kolonial Pulau Pinang seperti yang dapat dilihat menerusi wajah terbaharu stesen Penang Road ini, ia turut menampilkan kemodenan khususnya di bahagian dalamnya. Selain menawarkan keselesaan moden, stesen ini juga memberikan perhentian tempat rehat yang bersih untuk para pemandu untuk berhenti dengan menghidangkan makanan ringan tempatan yang lazat.

Menurut Kaunselor Eksekutif Negeri Pulau Pinang, YB Yeoh Soon Hin, Shell Penang Road menjadi sebahagian penting dalam sejarah dan khazah Pulau Pinang yang penuh warna-warni untuk 100 tahun dan berbangga Shell mengekalkan khazanah ini menerusi stesen sambil berinovasi untuk memenuhi permintaan pelanggan. Beliau juga berharap agar, penambahan satu lagi mercu tanda di Pulau Pinang ini mampu menarik perhatian para pelancong untuk menyokong industri pelancongan dan perniagaan tempatan.

Bagi memperingati pelancaran penuh bersejarah ini, Shell menawarkan member BonusLink beg edisi terhad Shell Heritage Jute yang mengandungi elemen-elemen kebudayaan Pulau Pinang. Hanya eksklusif di Shell Penang Road, beg Shell Heritage Jute ini boleh ditebus dengan 1,200 mata BonusLink.

Para pelanggan yang mendaftar sebagai member BonusLink di Shell Penang Road boleh membeli beg tersebut dengan harga RM15 sementara stok masih ada. Para pelanggan juga boleh mendaftar untuk BonusLink di mana-mana stesen Shell seluruh negara atau mendaftar dengan memuat turun aplikasi BLINK dari Apple App Store atau Google Play Store.

Shell Penang Road kini dibuka kepada semua pelanggan bermula dari 6 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari.