Kemunculan Jentera Formica Rossa 150 dalam CubPrix dan ARRC

Sempena pelancaran model terbaharu MFroce, turut diadakan adalah majlis pengenalan pasukan Cub Prix seperti yang diperkatakan oleh pengurus pasukan AS25 Racing Team, Rosnizam Mat Nor. Majlis tersebut sekadar titik awal dan pengenalan pasukan itu dan jentera pengeluar Voge Malaysia kepada umum.

Untuk makluman, Voge Malaysia bakal berkerjasama bersama AS25 Racing Team yang diketuai oleh legenda lumba motosikal negara, Azlan Shah Kamaruzaman. Kerjasama ini akan menyaksikan jentera hebat Formica Rossa 150 (FR150) memulakan debutnya dalam Kejuaraan Malaysia CubPrix 2025 dan Kejuaraan Asia Road Racing Championship (ARRC).

Kerjasama ini menonjolkan dedikasi VOGE terhadap inovasi dan prestasi tinggi. FR150, yang dilengkapi enjin DOHC 150cc silinder tunggal, menghasilkan 15.42hp @ 8,500rpm dan 13.5Nm tork @ 7,500rpm, menjadikannya antara pencabar yang luar biasa di litar perlumbaan.

Untuk rekod, sebagai pendatang baru dalam cub prix dan Asia Road Racing Championship (ARRC), FR150 kini menjalani proses homologasi bagi memastikan pematuhan kepada peraturan perlumbaan. Dilengkapi dengan slipper clutch, ABS dwi-saluran, suspensi canggih, dan transmisi 6-kelajuan, FR150 menawarkan kawalan, kelincahan, dan prestasi yang tiada tandingan.