Kempen Every Little Point Counts, Kerjasama Dengan BonusLink

Shell terus memberikan ganjaran ekstra kepada para pelanggannya dengan melanjutkan kempen Every Little Point Counts. Kempen ini merupakan kerjasama dengan BonusLink di mana dengan hanya 100 mata standard bonus link, para pelanggan layak menerima baucar berharga RM5 sepanjang bulan Mac dan April.

Kempen ini telah pun dimulakan sejak 1 Mac lalu dan bakal berakhir pada 31 April ini. Setiap mata turut diambil kira dan para pelanggan berpeluang untuk menambahkan lagi mata BonusLink masing-masing dengan membuat pembelian barangan keperluan di stesen Shell.

Para pelanggan hanya perlu mengisi minyak atau diesel, membeli snek di Shell Select atau pastri di Deli2Go bersama minuman di Costa Coffee. Mereka bakal menerima e-baucar menerusi aplikasi BLINK apabila mengumpulkan 100 mata standard BonusLink pada bulan tersebut (Mac dan April).

Para pelanggan boleh mula mengumpul mata dengan mendaftar dan mendapatkan BonusLink di stesen minyak Shell berhampiran atau mendaftar dengan memuat-turun aplikasi BLINK menerusi Apple App Store atau Google Play Store. Pengguna pertama akan menerima ganjaran baucar Shell RM4 sebaik sahaja mendaftar dan memperoleh 100 mata ekstra apabila bertanyakan kod rujukan.