Kemaskini Sederhana, Dilengkapi Dengan Ciri-ciri Terkini!

BMW Motorrad telah mendedahkan secara rasminya roadster R 1250 R 2023 pada 27 Oktober yang lalu. Motosikal baharu ini mempunyai kemaskini yang sederhana untuk tahun baharu – ditambah dengan beberapa ciri untuk memuaskan permintaan para penunggang.

Motosikal BMW R 1250 R 2023 ini dikuasakan oleh kotak enjin ShiftCam 1,254cc yang dikatakan mampu menghasilkan 136hp pada 7,250rpm dan tork 143Nm (lebih kurang 105.4 lb-ft) pada 6,250rpm. Enjin tersebut juga telah dioptimakan untuk menawarkan keseimbangan kuasa, lebih lancar, penggunaan bahan api rendah dan juga generasi pelepasan yang rendah mengikut BMW.

Apa yang baharu? BMW R 1250 R 2023 kini dilengkapi dengan headlamp LED penuh, lampu isyarat LED dan juga DRL (Daytime Running Light) sebagai standard. Lampu isyarat adaptif ada ditawarkan sebagai pilihan pada caj tambahan. Alat bantu penunggang elektronik standard pada R 1250 R ini termasuk Dynamic Traction Control, BMW Motorrad ABS Pro, Dynamic Brake Control dan mod penunggangan tiga standard termasuk mod Eco. Ciri-ciri tambahan standard termasuk Sport Core Screen BMW, kuasa onboard dan soket USB dan Intelligent Emergency Call (hanya ditawarkan di beberapa tempat dan bukan di semua pasaran).

Jika anda penunggang dan pemilik BMW, sudah tentu anda tahu bahawa terlalu banyak perkara yang ditawarkan. Penunggang yang berhasrat untuk mengambil pillion atau yang mahu menunggang solo, terdapat beberapa pilihan untuk dipertimbangkan. BMW menawarkan pilihan setup pillion di bahagian belakang atau pilihan solo belakang yang kemas. Pemanas tempat duduk juga disediakan untuk kedua-dua penunggang dan pilion sebagai pilihan. Akhir sekali, R 1250 R boleh mendapatkan rim spoke sebagai pilihan berbanding unit yang didatangkan standard.

BMW menawarkan dua varian untuk R 1250 R 2023 ini; Sport dan Triple Black. Varian Sport ini didatangkan dalam warna Racing Blue Metallic dengan kerangka warna putih, emas di bahagian hadapan dan kaliper brek di bahagian belakang dan pemegang bar black sport. Manakala varian Triple Black didatangkan dengan warna Blackstorm Metallic dengan kerangka gray agate, emas di bahagian depan dan kaliper brek belakang juga aksen besi tahan karat.

Sumber : Rideapart