Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2019 – Tangkak

Litar Lumba Tangkak telah menyaksikan tercatatnya sebuah rekod baharu sepusingan yang dicatatkan pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing, Ahmad Afif Amran pada sesi kelayakan kelas CP150 dengan catatan masa 43.877s. Namun begitu, kecemerlangan dan harapan pelumba dari Terengganu ini hampa apabila gagal menjuarai kelas CP150 dan sekadar menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan catatan masa 14:52.378s.

Pusingan 8 yang berlangsung di Tangkak pada 18 dan 19 Oktober lalu ini berpihak kepada pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Md Haziq Md Fairues dengan catatan masa 14:50.393s. Menamatkan perlumbaan dengan catatan 14:52.792s dan mendapat tempat ketiga adalah pelumba yang mewakili pasukan ONEXOX TKKR SAG Team, Nazirul Izzat Md Bahauddin.

Sementara itu, bagi kelas CP115 pula dikuasai oleh pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Md Syafiq Rosli dengan catatan masa 11:40.204s. Pelumba yang berasal dari Perak itu meninggalkan pencabar terdekatnya, Md Aiman Azman yang juga pelumba dari pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing dengan catatan masa 11:41.358s. Di tempat ketiga pula, milik pelumba ELF Koyoko Honda KC Racing Team, Md Firdaus Md Hamdan yang menamatkan perlumbaan dengan masa 11:47.622s.

Manakala untuk kelas Wira pula telah menyaksikan kemenangan pertama pelumba dari pasukan ONEXOX SAG Team, Md Izzat Raduan dengan catatan masa 9:32.068s. Di tempat kedua dan ketiga pula dikuasai oleh pelumba dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing iaitu Awal Al Fikri Yusni dan Md Adam Haikal Jahar masing-masing dengan catatan masa 9:35.899s dan 9:37.665s. Kejuaraan Cub Prix untuk musim ini akan diteruskan dengan Pusingan 9 yang bakal berlangsung di Jempol, Negeri Sembilan pada 16-17 November nanti.

Keputusan Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2019 – Tangkak
CP150
1. Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor – 14:50.393
2. Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 14:52.378
3. Nazirul Izzat Md Bahauddin Yamaha MLK ONEXOX TKKR SAG Team 14:52.792

Kedudukan Keseluruhan
1. Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing – 127
2. Azroy Hakeem Anuar (SGR) Idemitsu Honda Yuzy Racing – 102
3. Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor – 93

CP115
1.Md Syafiq Rosli (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor – 11:40.204
2. Md Aiman Azman (KUL) Idemitsu Honda Yuzy Racing – 11:41.358
3. Md Firdaus Md Hamdan (SGR) ELF Koyoko Honda KC Racing Team – 11:47.622

Kedudukan Keseluruhan
1. Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing – 135
2. Md Syafiq Rosli (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor – 133
3. Md Aiman Azman (KUL) Idemitsu Honda Yuzy Racing – 93

WIRA
1. Md Izzat M Raduan (NSN) ONEXOX SAG Team – 9:32.068
2. Awal M Al Fikri Yusni (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing – 9:35.899
3. Md Adam Haikal Jahar (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing – 9:37.665

Kedudukan Keseluruhan
1. Md Zaki Ahmad Zamri (SGR) MOS William #LLRKS CYT Racing – 123
2. Md Aliff Danial Md Asri (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing – 122
3. Md Haziq Rosmaza (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing – 85