Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri Kuala Nerus telah menyaksikan kemenangan kali ketiga pelumba yang mewakili pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing, Azroy Hakeem Anuar dalam kelas CP150. Selepas menjuarai perlumbaan pusingan 1 di Jasin dan pusingan 2 di Batu Kawan, kemenangan dramatik Azroy yang bijak menggunakan peluang dan memintas dua pelumba di hadapannya membuktikan, beliau bersama jenteranya masih berbisa dan harus digeruni para pelumba lain.
Azroy berjaya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 16:42.092s setelah mengatasi dua pelumba di hadapannya yang bersaing sengit iaitu Nazirul Izzat Bahauddin, pelumba ONEXOX TKKR SAG Team dan Ahmad Afif Amran, pelumba yang mewakili pasukan Petronas Yamaha-CKJ Racing). Nazirul menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 16:42.197s dan Afif pula di tempat ketika dengan catatan masa 16:42.264s.
Sementara itu, perlumbaan kelas CP115 diungguli pasukan YY Pang Racing menerusi gandingan pelumbanya, Md Adib Rosley dan Md Fareez Afeez Abd Rahman. Masing-masing berjaya menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan catatan mata 13:08.314 saat(s) dan tempat kedua dengan catatan masa 13:08.442s. Berjaya menjejakkan kaki ke podium di tempat ketiga pula adalah pelumba dari pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing, Shahrol Syazras Shahrol Yuzy dengan catatan masa 13:15.174s.
Manakala dalam perlumbaan kelas Wira pula menyaksikan kembalinya pelumba Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing yang merampas takhta kejuaraan, Md Aliff Danial M Asri. Pelumba kelahiran negeri Johor itu menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 10:42.109s. Di tempat kedua dan ketiga pula dimenangi gandingan pelumba dari pasukan Super KIP Motorsports, Md Afizad Supaat dan Md Amier Rossi Amidi. Masing-masing menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 10:42.266s dan 10:52.243s.
Keputusan Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2019 – Kuala Terengganu
CP150
1. Azroy Hakeem Anuar (SGR) Idemitsu Honda Yuzy Racing – 16:42.092s
2. Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) ONEXOX TKKR SAG Team – 16:42.197s
3. Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing – 16:42.264s
Kedudukan Keseluruhan
1. Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing – 94 mata
2. Azroy Hakeem Anuar (SGR) Idemitsu Honda Yuzy Racing – 80 mata
3. Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor – 51 mata
CP115
1. Md Adib Rosley (SGR) Motul Yamaha YY Pang Racing – 13:08.314s
2. Md Fareez Afeez Abd Rahman (JHR) Motul Yamaha YY Pang Racing – 13:08.442s
3. Shahrol Syazras Shahrol Yuzy (SGR) Idemitsu Honda Yuzy Racing – 13:15.174s
Kedudukan Keseluruhan
1. Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing – 84 mata
2. Md Fareez Afeez Abd Rahman (JHR) Motul Yamaha YY Pang Racing – 69 mata
3. Md Adib Rosley (SGR) Motul Yamaha YY Pang Racing – 66 mata
WIRA
1. Md Aliff Danial M Asri (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing – 10:42.109s
2. Md Afizad Supaat (SGR) Super KIP Motorsports – 10:42.266s
3. Md Amier Rossi Amidi (PHG) Super KIP Motorsports – 10:52.243s
Kedudukan Keseluruhan
1. Md Zaki A Zamri (SGR) MOS William #LLRKS CYT Racing – 85 mata
2. Md Aliff Danial M Asri (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing – 75 mata
3. Md Haziq Rosmaza (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing 54 mata