Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018 – Bandar Penawar

Pusingan kesepuluh perlumbaan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas yang juga penutup tirai cabaran musim 2018 ini telah mencatatkan peristiwa duka. Berlangsung di Bandar Penawar pada 16 Disember lalu, seluruh peminat dunia perlumbaan motosikal khususnya dan rakyat Malaysia dikejutkan dengan pemergian seorang pelumba muda berbakat besar, Md Hafiz Nor Azman apabila terlibat dalam kemalangan dan disahkan meninggal dunia.

Pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing ini telah mengumpul sebanyak 116 mata dan menduduki tempat ketiga untuk kedudukan keseluruhan. Pelumba yang juga anak kepada bekas pelumba, Nor Azman Mad Darus menyasarkan untuk memenangi tempat di podium atau sekurang-kurangnya menamatkan perlumbaan bagi mengekalkan kedudukan.

Namun begitu, harapan beliau untuk menjadi tiga pelumba terbaik dalam kategori CP150 tidak kesampaian apabila berlaku kemalangan di pusingan terakhir. Kemalangan dipercayai berpunca dari pelumba di hadapan yang melanggar penghadang papan iklan di tepi litar dan tidak sempat dielak oleh arwah Hafiz yang sedang memecut laju dan menyebabkan beliau terlanggar penghadang tersebut.

Menurut kenyataan rasmi menerusi laman sesawang dan Facebook Cub Prix, Persatuan Automobil Malaysia (AAM) memberi jaminan untuk menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut, seterusnya menjadikan ia sebagai panduan meningkatkan lagi aspek keselamatan dalam perlumbaan Cub Prix. Terdahulu, pelumba berpengalaman negara, Norizman Ismail mengalami nasib yang serupa dan meninggal dunia susulan kemalangan yang berlaku ketika sesi kelayakan di Kijal, Terengganu. Diharapkan dengan siasatan dan tindakan susulan yang diambil akan dapat memastikan peristiwa yang sama tidak berulang.

Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2018 Pusingan 10, Bandar Penawar
CP150
1 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 12:05.463s
2 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 12:05.800s
3 Md Fitri Ashraff Razali (SGR) Weststar Cilik Racing Team 12:08.788s

Kedudukan Keseluruhan
1 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 200 mata
2 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 181 mata
3 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 127 mata

CP115
1 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 14:53.415s
3 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 14:56.948s
2 Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 14:57.154s

Kedudukan Keseluruhan
1 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 233 mata
2 Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 157 mata
3 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 124 mata

WIRA KBS
1 Md Afizad Supaat (SGR) Super KIP Honda Racing Academy 8:09.513s
2 Md Faiz Zekri Sabri (PNG) ONEXOX Racing Team 8:09.863s
3 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 8:12.186s

Kedudukan Keseluruhan
1 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 174
2 Md Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB TECH Racing 133
3 Md Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta YAMAHA 116