Keindahan Sepanjang Perjalanan Diabadikan Sebagai Kenangan

Seiring dengan namanya, Hot Bike Superbike Club sentiasa aktif dengan pelbagai program dan aktiviti. Antara yang pernah dianjurkan adalah satu ekspedisi mengujakan ke negara matahari terbit Jepun. Disertai seramai 16 orang peserta termasuklah satu-satunya biker wanita, Pn Norehan Desa (Presiden Lady Speed Northern). Di awal ekspedisi, perjalanan amat mudah dan santai tanpa sebarang kesukaran cuaca di Tokyo ke Kawaguchi yang mana jarak perjalanannya sejauh 120km.

Pada hari ke 4 pula, konvoi menjelajah Tokyo-Kawaguchi dan Shimoda yang mana menelan jarak perjalanan sejauh 325km. Para peserta terpaksa berhadapan dengan kesukaran di mana cuaca sejuk dari 3 hingga 10 celcius, diikuti hujan dan hanya berhenti di waktu petang di mana cuaca sedikit panas dengan kemunculan cahaya matahari. Nasib menyebelahi HBSC apabila perjalanan berikutnya dari Shimoda ke Hakone pada hari ke-5, Hakone pada hari ke-6 dan pulang semula ke Tokyo pada hari-7 berjalan lancar, mudah tanpa sebarang masalah.

Tahniah diucapkan kepada bikers yang berjaya pulang dengan menyempurnakan perjalanan dengan jarak 240km. Keindahan yang berjaya diabadikan di sepanjang perjalanan secara tidak langsung menjadi motivasi kepada setiap peserta untuk meneruskan lagi aktiviti serupa di masa akan datang.