Kehadiran Aaron Twite Meriahkan Motack

Malaysia Motorcycle Time Attack atau lebih popular di kalangan para peminat dunia permotoran sebagai Motack merupakan karnival motosikal gymkhana yang pernah diadakan tidak lama dahulu. Walaupun diadakan buat kali pertama pada tahun 2014, ia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan ini termasuklah kemunculan istimewa yang diterbangkan khas dari USA, bintang sensasi pelagak aksi ngeri, Aaron Twite (Motul Stunt Riding Show). Ini diikuti dengan persembahan para pelagak ngeri tempatan. Dibawakan oleh MotostyleStore, Motack ini berjaya menjadi tumpuan untuk pencinta dan penggiat dunia permotoran.