Kawasaki W175, Motor Moden Diberi Sentuhan Klasik

Cahaya Ilahi, itulah nama yang diberikan kepada motosikal hybrid chopper yang tampil kemas dengan gaya ala-ala retro tahun 60an. Hasil kerja tangan Tole Motorworks di Indonesia yang ‘menukar’ penampilan asal Kawasaki W175 ini menjadi sebuah motor retro kustom.

Di sebalik kerja-kerja modifikasi ini ialah seorang anak muda yang baru sahaja berusia 25 tahun, Febrian Ramadhan, dari Bogor, di Barat Jawa. Bagi seorang seusia beliau, bakat dan kerja seni yang berjaya menghasilkan sesuatu yang menarik seperti ini harus dikagumi. Apatah lagi, beliau juga adalah pemilik Tole Motorworks.

Sebagaimana yang sedia maklum, Kawasaki W175 dikeluarkan sejak tahun 2017 dan hanya boleh didapati di pasaran Asia Tenggara sangat popular sebagai motor kustom. Antara sebab yang menjadikan ia sering menjadi pilihan adalah kerana ianya kompak dengan enjin tunggal penyejuk udara 178cc, rekaan kerangka single-downtube dan ringkas serta mudah secara keseluruhannya.

Bagi motor ini, Febrian Ramadhan memilih chopper gaya British dengan bahagian belakang yang kelihatan keras dan vintaj tracker. Di bahagian hadapan pula, tiada lagi kehadiran sistem brek cakera yang didatangkan dari unit stok. Disepadankan pula dengan lampu depan yang lebih kecil untuk menaikkan gaya estetik serta pemegang bar, cengkaman klasik dan rim dengan getah vintaj Firestone sekaligus menguatkan lagi gaya retro ke atas motor moden ini.

Brek drum di bahagian belakang telah dialihkan ke bahagian kiri dan memberi ruang yang lebih terbuka di sebelah kanan motosikal ini untuk mid-set header pipe dan megaphone muffler. Bagi bahagian tangki dan fender, Febrian Ramadhan telah mengukir sendiri dengan tangannya. Manakala kerja-kerja mengecat diserahkan kepada Bronx Kustompaint dengan warna keemasan.

Sumber : Rideapart.com