Kawasaki Ninja ZX-14R, Adakah Ini Yang Terakhir?

Motosikal Kawasaki ZX-14R telah didedahkan di pasaran Amerika yang didatangkan dengan warna dan grafik yang baru serta segar. Bahagian mekanikal masih tidak berubah. Dikatakan ia bakal berakhir dengan motosikal besar kerana Kawasaki beralih dan lebih menumpukan motosikal supercharged H2 series.

Namun begitu, Kawasaki Ninja ZX-14R tetap sebuah motosikal yang unik. Ianya mudah dikenali dengan rekaan yang unik serta bersaiz besar. Mula diperkenalkan pada tahun 2006, ia menjadi pesaing terdekat Suzuki Hayabusa.

Ketika diperkenalkan buat kali pertama, Kawasaki Ninja ZX-14R menjadi sebuah motosikal paling berkuasa di dunia. Ia juga mempunyai sesaran yang lebih tinggi berbanding motosikal sport tour atau supersport yang pernah dihasilkan.

Baru-baru ini, Kawasaki telah melancarkan motosikal lagenda ini di pasaran Amerika. Antara perubahan terbesarnya adalah warna baru yang dilayangkan ke atasnya iaitu Metallic Black. Selain itu, semuanya kekal sama.

Ia mengekalkan enjin 4-silinder, 1,441cc yang menghasilkan kuasa maksima 197.2bhp dan tork 153.5Nm dengan kotak gear 6-kelajuan yang memacu roda belakang. Namun begitu, enjinnya masih lagi tidak mengikut piawaian Euro 5 atau BS6. Pakej elektronik asas turut dikekalkan.

Didatangkan dengan dua mode tunggangan, kawalan traksi dan ABS, yang mana masih tidak mencukupi untuk sebuah motosikal besar untuk tahun 2021.

Sumber : drivespark.com