Institute of Applied Art and Design (IAAD) di Jepun telah membangunkan motosikal baharu sekitar inovasi teknologi lebih segar yang boleh digabungkan ke dalam model-model terbaharu untuk kegunaan masa hadapan.
Hasilnya, Kawasaki Adaptive, sebuah motosikal dual-purpose yang dicipta menepati definisi motosikal serba guna dengan mengubahsuai untuk menambah baik kegunaannya di atas jalan raya dan juga sebagai juga motor yang tegap dan kukuh untuk jalan lasak.
Bagaimanapun, rekaannya yang menonjol menimbulkan pelbagai spekulasi samada Adaptive ini merupakan klu ke arah mana Kawasaki ingin bawa untuk bergerak ke hadapan. Menurut Kawasaki, reka bentuknya merupakan gambaran semula yang kohesif dan setia pada penampilan khas Kawasaki dengan lampu depan yang tenggelam, sporty dan tajam.
Rekaan yang sesuai dengan generasi Versy yang seterusnya – model yang bakal menggantikannya tidak lama lagi setelah lama tidak berubah sejak 2015 – idea inovatif Adaptive juga boleh membentuk asas kepada model terbaharu di masa hadapan.
Sumber : Visordown