Jentera 2 roda model 1993 sehingga 1995 buatan Jepun, Kawasaki KLE500cc merupakan motosikal kategori lasak. Model ini dikeluarkan lebih awal berbanding Kawasaki KLR dan Kawasaki Versys tetapi masih ada penunggang yang memiliki dan menunggangnya. Sejak tahun 2000, para penggemar motosikal Kawasaki KLE mula mencari motosikal yang sudah dimakan usia ini, seterusnya mencari rakan-rakan biker yang memilikinya dan menamakan kumpulan mereka sebagai Kawasaki KLE500 Malaya. Banyak yang dikongsikan bersama antaranya seperti cara membaiki dan cara mencari alat ganti untuk jentera KLE. Walaupun tidak ramai, mereka berusaha menganjurkan ride santai gathering ke mana-mana destinasi yang boleh bermalam setiap tahun selagi diizinkan Allah.
Bagi Ride Santai Gathering 2019, En Rashidan Ismail telah memilih Jitra, Kedah destinasi kali ini dan Homestay Mada Kampung Pulau Pisang sebagai port BBQ untuk para peserta bermalam. Lebih kurang jam 12 tengah malam, rakan KLE dari Kuala Lumpur mula berkumpul di R&R Sungai Buloh untuk mulakan perjalanan ke utara. Dalam perjalanan ke utara, hujan lebat mencurahi dan memaksa mereka berhenti dan berehat dahulu sehingga cuaca mengizikan. Rakan-rakan KLE selamat tiba di Jitra lebih kurang jam 8.00 pagi pada 6 April. Mereka bersarapan sambil menunggu rakan-rakan yang bergerak lebih lewat dari kumpulan pertama. Sekitar 10.30 pagi, mereka bergerak ke Homestay Mada Kampung Pulau Pisang dan disambut oleh Pak Atan, pemilik homestay.
Setelah siap mandi dan rehat sebentar, En Rashidan mengetuai dan membawa rakan-rakan KLE ride santai melalui jalan-jalan kampung dan menggunakan batas bendang. Bagi biker yang berkerja dan menetap di bandar, menunggang di atas batas bendang agak mencabar. Mereka melawat Muzium Padi di Alor Setar dan singgah untuk membasahkan tekak untuk minum air nira di kebun nira Kuala Sanglang. Mereka turut melawat rakan biker, Muin di Perlis yang kemalangan motosikal pada Februari lalu sebelum balik ke homestay. Selesai solat maghrib, mereka santai BBQ. Bagi rakan-rakan dari Kuala Lumpur, pengalaman menunggang di bendang buat pertama kali agak berlainan dari ride biasa di jalan raya. Sambil BBQ mereka bercerita pengalaman ride santai masing-masing.
Pada 7 April, seawal jam 7.30 pagi, mereka sudah bersiap untuk bergerak ke daerah Yan, Kedah. Sekali lagi, rakan-rakan KLE menunggang melalui jalan-jalan batas bendang dan jalan-jalan kampung menuju ke Dulang Homestay untuk sarapan di rumah orang tua En Rashidan. Selesai sarapan, mereka ride menuju ke kaki Gunung Jerai sebelum bergerak balik ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah, perjalanan mereka diiringi cuaca yang baik sepanjang ride santai di Kedah dan Perlis. Jika diizinkan Allah, mereka bercadang untuk ride dan berkhemah di Gunung Jerai di masa akan datang. ~ kNor ~