Karnival Keselamatan Jalan Raya Kadet JPJ Peringkat Negeri Perlis 2019

Usahama di antara Koyoko dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diteruskan lagi dengan satu lagi program yang berlangsung pada 13 November bersamaan hari Rabu lalu. Diadakan di negeri Perlis, seramai 100 orang kadet JPJ dari 3 buah sekolah menengah telah mengambil bahagian dalam Karnival Keselamatan Jalan Raya Kadet JPJ Peringkat Negeri Perlis 2019 ini. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah SMK Mata Ayer, Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra dan SMK Syed Ahmad.

Pelbagai aktiviti disediakan di mana aturcara telah dimulakan seawal 7.30 pagi termasuk Pertandingan Cabaran JPJ. Sebanyak 3 pasukan telah menyertai cabaran ini dan pasukan kadet JPJ dari SMK Mata Ayer berjaya muncul sebagai johan. Selain itu, para peserta juga mengikuti aktiviti acara senamrobik, lawatan bahagian-bahagian JPJ, ceramah keselamatan dan diberikan taklimat tentang pengetahuan asas berkaitan bateri motosikal juga tayar motosikal selama sejam yang dikendalikan oleh En.Khor dari Koyoko MP Sdn. Bhd.

Perasmian penutupan program ini disempurnakan oleh Tuan Shahrul Azhar Bin Mat Dali, Pengarah JPJ Negeri Perlis. Turut hadir ialah Tuan Mahazir Bin Abdul Majid, Timbalan Pengarah JPJ Negeri Perlis, Tuan Shaifol Hizam Bin Mohamed Ali, Penyelia Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan Ketua Cawangan JPJ Padang Besar, pegawai-pegawai kanan serta warga JPJ Negeri Perlis dan Duta Koyoko, En. Hishamuddin Bin Md. Rashid.