Jimat, Selamat dan Bergaya

Sikap acuh tak acuh para penunggang motosikal di Malaysia dalam memilih jaket atau baju hujan dapat dilihat menerusi kualiti yang dipakai mereka khususnya setiap kali hujan atau di waktu malam. Ada yang tidak dapat dilihat dan basah kuyup. Para pengguna perlu bijak dalam membeli baju hujan. Salah satu jenama yang sedang hangat di pasaran, Foxdry bukan sahaja bukan sahaja ciri-ciri keselamatan, malah selesa dipakai, jimat dan juga ada gaya.

Dikenali kerana kualitinya, antara baju hujan keluaran Foxdry yang memenuhi kehendak para penunggang motosikal dan sering mendapat permintaan tinggi di pasaran adalah Foxdry 04. Sebagaimana yang disebut awal tadi, Foxdry 04 edaran Great Wall Accessories (M) Sdn. Bhd. ini melindungi para penunggang, kalis angin, kalis air dan didatangkan dengan ruang udara yang membenarkan pengaliran udara untuk mengelak perpeluhan.

Selain itu, baju hujan Foxdry 04 ini menampilkan ciri-ciri istimewa iaitu zip berganda, lapisan kain sutera di bahagian dalam bagi mengekalkan kehangatan kepada para penunggang motosikal ketika musim hujan. Dihasilkan dari material terbaik dan berteknologi tinggi, baju hujan ini mempunyai ciri-ciri keselamatan berkualiti seperti kemasan pantulan di kedua-dua bahagian depan dan belakang agar penunggang dapat dilihat dengan lebih jelas oleh pengguna jalan raya yang lain.

Bagi makluman, setiap pembelian baju hujan Foxdry 04 yang berharga RM85 ini didatangkan bersama beg bekas pelindung telefon pintar kalis serta beg sandang yang ranggi dan bergaya. Baju hujan Foxdry ini boleh didapati dari saiz dari S sehingga 3XL dengan tiga warna pilihan; hitam-biru, hitam-merah dan hitam kelabu.

* Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Great Wall Accessories (M) Sdn Bhd
No.10, Jalan 5/32A, Off Batu 6 1/2,
Jalan Kepong, 52100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Wechat: henghuan6163
FB: https://www.facebook.com/Foxdry
Whatsapp: Lucas 017-871 2775 / 017-330 9256, Lee 012-399 2259
Tel: 603 6252 0115
Email: henghuanmsb@yahoo.com