Jiajue CN 800 Zhen & CNR 800, Versi Tiruan Honda CBR650R & CBR650R

Nama kedua untuk China sepatutnya “Copycat” dengan mengambil kira perkembangan imitasi khususnya dalam dunia permotoran dua roda yang tidak akan berhenti. Kalau tidak mampu memiliki Ducati Scrambler, anda boleh beli Lifan Hunter 125. Tak mampu dapatkan Harley-Davidson Sportster S? Anda boleh dapatkan Streetboy V-Maxter 300 sebagai alternatif. Terbaharu, Jiajue mengeluarkan CN800 Zhen dan CNR 800 Rui bagi menggantikan Honda CBR650R dan CBR650R.

Mungkin gambaran CNR 800 Rui tidak begitu ketara, gambar-gambar ilustrasi CN 800 Zhen mempunyai persamaan dengan roadster mid-weight Honda dan juga model imitasi Jiajue. Dari bahagian ekornya sehingga lampu utama LED, penampilan CN yang mempunyai ciri-ciri neo-retro. Persamaan tersebugt bukan sahaja terbatas kepada binaan badannya, Jiajue turut mengenakan fork berwarna emas, sistem ekzos underbelly serta set rim yang mempunyai corak sama dengan CBR650R.

Namun begitu, CN 800 Zhen ini menggunakan suspensi KYB dan bukannya unit Showa serta menggunakan kaliper Nissin. Bagi makluman, Jiajue turut menawarkan ABS 2-channel untuk menyaingi standard mid-weight pada hari ini. Bagaimanapun, jenama OEM dari China ini bukan setakat mengeluarkan model imitasi. Kedua-dua CN 800 Zhen dan CNR 800 Rui ini mungkin menggunakan format 650cc Honda tetapi pasukan jurutera Jiajue memberikan kuasa ekstra dari segi sesaran dan juga kuasa.

Kedua-dua model Zhen dan Rui ini menggunakan enjin 4-silinder 796cc yang bertanggungjawab menghasilkan 117hp dan tork 68.6 lb-ft. Jika dibandingkan dengan model Honda, ia hanya mengeluarkan 87hp dan tork 42.4 lb-ft. Jiajue menawarkan lebih banyak ciri menarik untuk para penggunanya dengan menawarkan dash TFT berbandinga Honda 650 yang masigh menggunakan panel LCD.

Penggiat dan pengamal industri permotoran percaya bahawa firma China akan meletakkan harga untuk CN 800 Zhen dan CNR 800 Rui di antara $4,350 USD (RM19,162.05) dan $5,800 USD (RM25,549.34) apabila dipasarkan kelak. Sekiranya Jiajue menawarkan kedua-dua model untuk segmen naked bike dan sportbike di luar negara China, tidak mustahil ia akan mengatasi CB650R dan CBR650R di pasaran Eropah, Asia dan juga utara Amerika.

Setakat hari ini, syarikat tersebut belum memberikan informasi untuk mengedarkan model-model keluarannya menggunakan platform yang boleh menembusi pasaran dunia secara global!

Sumber : Rideapart