Jelajah Ke Pantai Timur, Santai Tetap Sampai

Penganjuran Himpunan TXR150 kali ketiga bakal berlangsung pada penghujung bulan Julai, masih ada masa lagi sebelum program ini kembali menggegarkan RTC Gopeng Perak. Bagi memastikan hebahan program ini sampai ke pengetahuan peminat motosikal khususnya pemilik motosikal Suzuki TXR150, pihak penganjur telah mengaturkan siri jelajah untuk mempromosikan ke seluruh negara.

Baru-baru ini telah berlangsungnya siri pertama Ride Promosi Himpunan TXR150 V3 2023. Perjalanan kali ini melibatkan beberapa destinasi bermula dari Ipoh menuju ke Temerloh, Lipis. Singgah ke Cameron Highlands menuju pula ke Tapah sebelum kembali semula ke Ipoh.

Selain mempromosikan program yang dijadualkan berlangsung pada penghujung bulan, ride ini secara tidak langsung memberi peluang kepada para peserta terlibat menikmati perjalananan dan menenangkan fikiran dengan pemandangan yang indah. Bukan itu sahaja, para peserta turut disambut kelab-kelab motosikal yang sedia maklum dengan kehadiran mereka.

Siri jelajah yang bermula dari Ipoh ini memakan perjalanan sejauh 720km, tetapi apa yang lebih bererti adalah semangat permotoran di setiap lokasi yang menjadi persinggahan. Semoga usaha mereka dalam mempromosikan program ini akan menemui kejayaan.

Kepada yang berminat, jangan lupa untuk turut hadir ke Himpunan TXR150 Vol 3 yang diadakan pada 30 Julai ini di RTC Gopeng, Perak. Program yang menghimpunkan para pemilik motosikal Suzuki TXR150 ini juga mengalu-alukan kedatangan semua pemilik motosikal Suzuki dan geng-geng retro. Siapa tahu, mungkin anda pemenang Cabutan Bertuah untuk hadiah utama yang merupakan sebuah motosikal Suzuki TXR150 Jerung!