Jatuh Lumba Motocross, Andrea Dovizioso Cedera Dan Selamat Jalani Pembedahan

Pelumba pasukan Ducati, Andrea Dovizioso mengalami kecederaan pada perlumbaan motocross di litar Monte Coralli, Faenza, Itali. Beliau mengalami kecederaan tulang selangka sebelah kiri dan telah menjalani pembedahan di Policlinico di Modena pada petang 28 Jun.

Selepas konsultasi bersama Professor Giuseppe Porcellini beliau mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan segera bagi memasang plat pada tempat yang cedera dan mempercepatkan proses pemulihan. Bagaimana dengan perlumbaan akan datang di Jerez yang hanya tinggal beberapa minggu lagi?

Andrea Dovizioso yakin beliau akan dapat menyertai perlumbaan dalam keadaan sebaik mungkin. Pembedahan yang dilakukan berjalan dengan baik dan beliau telah pun dibenarkan keluar pada pagi 29 Jun dan dapat memulakan pemulihan fisioterapi pada tengah hari yang sama.

Berikut ialah petikan yang diekstrak dari beliau sendiri, Professor Giuseppe Porcellini dan Paolo Ciabatti untuk memberi gambaran apa yang berlaku.

Andrea Dovizioso
Pembedahan berjalan dengan baik dan berterima kasih pada pasukan perubatan.
Tidak rasa sakit sangat.
Pulang ke rumah pada waktu pagi dan pada tengah hari merancang untuk melakukan rehabilitasi.
Yakin dapat sembuh dan berlumba pada pusingan akan datang.

Prof. Giuseppe Porcellini (Policlinico di Modena)
Menjalani rawatan bagi membetulkan “displaced fracture of the sternal margin of the clavicle”.
Memasang plat dengan enam skru.
Turut terlibat ialah Prof. Fabio Catani, Prof. Luigi Tarallo dan Doktor Andrea Giorgini.
Bilik pembedahan siap disediakan dalam tempoh tiga jam.

Paolo Ciabatti (Pengarah Sukan Ducati Corse)
Pasukan sedar risiko yang terlibat dalam motocross.
Membenarkan Andrea Dovizioso terlibat dalam perlumbaan selepas beliau menjelaskan keperluan untuk mendapatkan semula rangsangan dan sensasi yang hanya boleh didapati dari perlumbaan sebenar.
Selain itu, motocross adalah aktiviti yang disertai ramai pelumba MotoGP sebagai latihan yang kerap dijalani.
Lega Andrea Dovizioso tidak mengalami kecederaan serius.

Sumber : Mekanika
Website : https://www.mekanika.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ