Jalan Raya Atau Litar Lumba, Kehebatannya Tiada Beza

Barangan buatan dari Taiwan ini sebenarnya tidak asing sama ada buat pemilik dan penggemar motosikal di tanah air. Ini terbukti dengan penerimaan baik sama ada bagi pemilik motosikal biasa mahupun beberapa pasukan yang berada dalam cabang perlumbaan motosikal.

Jenama Motomate (MMate) sudah diakui terbukti cemerlang di atas jalan raya dan terbilang di atas trek perlumbaan. Terkini, MMate memperagakan koleksi aksesori tambahan seperti aci engkol perlumbaan (racing crankshaft assy), Head Racing Comp dan blok silinder seramik (cylinder ceramic block) untuk beberapa model Yamaha ketika ini.

Aci engkol perlumbaan jenama MMate sememangnya diakui antara barangan paling popular dan pilihan terbaik bagi pemilik motosikal hari ini. Dibekalkan khas untuk pemilik jentera Yamaha Y15ZR, model terbaharu ini dikhabarkan memiliki peningkatan sebanyak 40 kuasa kuda.

Selain itu, bicu (jack up) bagi model terbaharu dari MMate ini turut dipertingkatkan sebanyak 5mm, piston pin bersaiz 14mm sementara panjang rod turut diperbaharui sebanyak 102mm. Sementara itu, MMate turut membekalkan Head Racing Comp untuk pengguna dan pemilik variasi model LC135. Ia didatangkan dengan variasi saiz berbeza dari saiz 22/24, 22/25 dan 23/26.

Ramai pemilik motosikal di Malaysia juga kini lebih memilih untuk menggunakan blok silinder jenis seramik. Ini kerana seramik sememangnya tahan panas dan ia sememangnya lebih baik daripada jenis besi.

Bagi mereka yang memilih blok silinder seramik dari Mmate, anda dibekalkan piston tambahan bersaiz 63mm selain komponen-komponen lain yang turut dibekalkan bersama. Diedarkan oleh Motomate (M) Sdn Bhd, kesemua produk yang dibekalkan atas nama MMate diakui memiliki kualiti OEM dan kini sudah berada di kedai-kedai aksesori motosikal di seluruh tanah air.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Motomate (M) Sdn. Bhd,
03 – 4041 3380, 03 – 4041 6418, 03 – 4042 9844, 03 – 4045 8288.

Disediakan oleh : Mohd Izzuddin Kamaruddin