Jalan-Jalan Sempena Cuti Malaysia

Mungkin sukar dipercayai tetapi ini merupakan program pertama Lady Biker Utara. Ride Santai For Ladies yang diadakan sempena Cuti Malaysia ini melibatkan penyertaan sebanyak 30 buah motosikal dan sepatutnya dihadiri YB Dr Azman Ismail. Namun begitu, beliau tidak dapat menghadiri program ini ekoran ada hal kecemasan di saat-saat akhir dan telah diganti oleh wakilnya.

Para peserta yang terlibat dalam program ini datang dari Ipoh, Pulau Pinang, Sungai Petani, Perlis dan juga Alor Setar. Manakala grup yang terlibat pula terdiri dari Lady Bikers Utara, SPBC dan lain-lain lagi. Antara jentera yang digunakan termasuk 100cc hingga 1000cc dari pelbagai jenama seperti Kawasaki Z1000, Z900, Z800, ER6, MT 09, Yamaha XJ6, Ducati Monster, Yamaha NVX, Honda RSX, Modenas Kriss dan lain-lain.

Program ini memberi peluang kepada para peserta mengunjungi lokasi-lokasi menarik antaranya Parlimen Kuala Kedah, Muzium Kuala Kedah, Muzium Padi dan Gunung Keriang. Bagi melepaskan lelah dan merehatkan badan, para peserta memilih Homestay Ed Cabin, Tebengau.

Tahniah kepada penganjur yang berusaha menganjurkan program ini dan juga barisan penganjur bagi memastikan program berjalan lancar seperti Ed Cabin, YB Parlimen Kuala Kedah, Sepakat Asian Chopper dan orang persendirian. Difahamkan, lebih banyak program bakal diadakan di masa akan datang termasuk dalam perancangan Ride Jelajah Kedah. Semoga dipermudahkan segala urusan!

Perkongsian : ~kNor~