Italjet Dragster 180 pengeluar Itali Italjet Moto adalah satu-satunya skuter yang dihasilkan secara besar-besaran dengan suspensi depan RAAD tanpa bingkai dan kerangka ruang. Alessandro und Leopoldo Tartarini memperoleh hak paten untuk gabungan ini pada tahun 1997. Tidak seperti kebanyakan motosikal, model seperti ini fork pun tiada dan Yamaha GTS 1000 (1993-1997) mungkin menjadi inspirasi bagi saudara-saudara Tartarini.
Mereka menggunakan teknologi yang sangat inovatif dan reka bentuk yang lain daripada yang lain kepada skuter rekaan mereka. “Skuter ini bukan untuk pragmatik, tetapi pilihan yang baik untuk para pameran.”
Semua tanda Dragster didasarkan pada kerangka ruang, yang dirancang untuk lebih kuat. Dimensi roda adalah 120 / 70–11 depan dan 130 / 70–12 belakang. Model 2007 mempunyai roda belakang 130 / 60–13. Wheelbase berukuran 1310 mm. Suspensi depan tanpa fork ini dikritik sebagai menyebabkan “dinamik tidak harmonik dan goyah pada kelajuan yang lebih rendah. Beberapa pengkritik mengadu tentang tahap kebisingan enjin dua lejang ini yang disejukkan menggunakan system penyejukan dan tangki air , tetapi itulah dia italjet dragster.
Tapi anda rasa, Tasnim 199 Garage heran dengan benda benda ini ? Abam Bobby kenal benar dengan Tasnim yang memang suka benda lain daripada lain. Boleh dikatakan, apa yang jarang orang mampu main itulah yang dia nak. Seperti anda semua, abam pun jarang tengok model seperti ini di jalanan kerana ia bukanlah keluaran Italjet yang terbaru.
Italjet 180 dragster ini mampu mencapai 20 horsepower pada 8000rpm dan boleh mencapai kelajuan sehingga 160 kilo meter sejam pada laluan lurus bergantung kepada situasi jalan. Abam dah merasa sendiri tunggangannya memandangkan ia sememangnya 2 lejang 1 silinder dan senang untuk memerah keluar kuasa kelajuan daripada motor ini.
Rupa bentuknya yang menarik dan dipadankan dengan warna terang yang sangat mengancam , pastinya akan menarik perhatian siapa sahaja yang melihatnya . Untuk makluman anda semua, beberapa part pada body ini memang sedia datang dengan gentian fiber yang original berbaloi dengan harga beliannya.
Berbanding dengan model-model skuter yang lain sbelum ini, Italjet 180 ini mampu memberikan kelajuan yang diinginkan oleh Tasnim. Faktor Kelajuan. Kalau korang nak tahu, sebelum wujudnya model-model skuter baru sekarang model inilah yang menjadi kegilaan anak muda pada zaman awal millennium dahulu. Menangis jugalah dengar harga dia dulu. Sekarang bila dah mampu sedikit, barulah dia merasa pakai menurutnya.
Terbaeeekkkkk la Tasnim!