International Six Days Enduro 2021!

Mungkin aktiviti sukan permotoran tidak boleh kembali aktif sepenuhnya seperti biasa tahun ini tetapi ada sinar harapan pada tahun hadapan, 2021. Baru-baru ini, KTM mengumumkan akan kembali dengan penganjuran International Six Days Enduro (ISDE) yang bakal diadakan di Lombardy dan Piedmont, Itali.

Sebagaimana yang diketahui, edisi 2020 ditunda ekoran ancaman pandemik wabak covid-19. Justeru itu, akan kembali dan memberikan sokongan terhadap para penganjur yang bertanggungjawab menganjurkan ISDE ini. Selain itu, berpeluang melihat pelumba-pelumba KTM yang mewakili negara masing-masing menyertai sukan ini.
Bagi makluman, Six Days Enduro ini merupakan kejuaraan off-road tertua dalam kalendar lumba FIM. Ia dikatakan bermula sejak 107 tahun lalu di England dan diadakan sebagai acara tahunan di lokasi berbeza di seluruh dunia kecuali ketika tercetusnya perang dunia pertama, perang dunia kedua dan terkini tahun 2020!
Sumber : Motopinas.com