Impian Saiful Akhirnya Tercapai di “Make A Wish”

“Make a Wish” yang dianjurkan oleh almuni Program Pembangunan Peniaga 2 (2DDP) dan disokong oleh Hong Leong Yamaha Motor melalui Yamaha Care, NGO Make A Wish Malaysia dan Yamaha Music Malaysia sesuatu yang cukup istimewa buat anak istimewa, Saiful Haq.

Tanggal 25 November 2019 lepas, Saiful mendapat layanan paling istimewa di Stesen Lifestyle, Yamaha Sungai Buloh. Kedatangan Saiful dan keluarga ke Sungai Buloh merupakan sebahagian daripada program “Make a Wish” oleh alumni Program Pembangunan Peniaga 2 (2DDP), Hong Leong Yamaha Motor melalui Yamaha Care, NGO Make A Wish Malaysia dan Yamaha Music Malaysia.

Saiful Haq, merupakan insan berusia 10 tahun yang bertarung nyawa kesakitan penyakit medulloblastoma (tumor kanser) memiliki keinginan besar untuk memiliki motosikal elektrik sendiri satu hari nanti. Namun menerusi “Make A Wish” yang berlangsung di Life Style, Sungai Buloh, Saiful menerima kejutan istimewa. Jelas di wajah Saiful terpancar kegembiraan disaat dia menerima motosikal elektrik yang menjadi miliknya.

“Ia satu catatan yang sangat istimewa untuk kami dan sesi keluarga Saiful tatkala mendengar Saiful berkata “Best Sangat !!!” Cukup mengharukan buat semua sambil kami memandang Saiful dan keluarganya dengan perasaan yang cukup sayu.

“Kami berharap dengan pengalaman yang dia miliki hari ini, ia dapat menanamkan harapan dan kekuatan Saiful agar terus berjuang melawan penyakit medulloblastomanya,” ujar salah seorang pengendali program “Make A Wish” di situ.