Boon Siew Honda melancarkan skuter premium ‘sporty’ serba baharu, Honda Vario 160, yang membawa aspek inovatif terkini pada enjin, rangka, reka bentuk, dan ciri-ciri canggih dalam sebuah majlis yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Mitsuharu Funase MD.
Ketibaan Vario 160 di Malaysia adalah jawapan kepada penunggang yang gemar akan prestasi di bandar dan pastinya akan memberi keseronokan kepada gaya hidup kerana dapat menikmati kemudahan pengendalian bersama dengan ciri-ciri terkini.
Ciri-ciri utama Honda Vario 160 baharu ialah:
• Enjin baharu 4-lejang, enhanced Smart Power Plus (eSP+), kapasiti 157cc terkini yang memastikan prestasi kukuh dengan tahap kecekapan sistem bahan api semasa menunggang.
• Rangka teknologi Smart Architecture Frame (eSAF) yang lebih tangkas dan mudah dikendalikan.
• ABS Saluran Tunggal di hadapan dan brek cakera di belakang yang memberikan keyakinan dan Honda Smart Key System sebagai ciri fungsi utama.
• Reka bentuknya sporty disertakan sistem pencahayaan LED di setiap titik pencahayaan dan meter kelajuan digital penuh memberi aspek premium disertakan lagi pengecas USB
• Roda gaya baharu dengan saiz tayar yang lebih lebar memberikan keyakinan tambahan di jalan raya.
Honda Vario 160 disertakan enjin generasi terbaru berkapasiti 157cc 4-lejang yang mampu menghasilkan kuasa maksimum kepada 11.3 kW @ 8500 rpm dengan tork puncak 14.1 Nm @ 6500 rpm. Enjin itu disepadukan dengan teknologi enhanced Smart Power Plus (eSP+) yang mampu meningkatkan kecekapan bahan api dan boleh mengurangkan geseran tanpa menjejaskan output enjin. Penunggang akan menikmati prestasi dinamik yang akan membawa keseronokkan ke tahap baharu apabila melalui lalu lintas yang sesak di bandar.
Dari segi keselesaan dan sokongan terhadap prestasinya, rangka Honda Vario 160 dibina dengan enhanced Smart Architecture Frame (eSAF) yang lebih ringan dan tahan lama. Motosikal ini tangkas dan mudah dikendalikan sekali gus meningkatkan pengalaman menunggang seharian.
Ciri keselamatan Honda Vario 160 datang dengan Honda Smart Key System yang dilengkapi penggera dan sistem jawab balik, sekali gus menawarkan ketenangan fikiran kepada pemilik apabila meletak motosikalnya. Vario 160 juga dilengkapi ABS di hadapan dan brek cakera di belakang untuk meningkatkan keyakinan semasa melakukan brek mengejut.
Honda Vario 160 disertakan saiz tayar tanpa tiub yang lebih lebar, saiz hadapan 100/80-14 dan saiz belakang 120/70-14, memberikan penunggang lebih keyakinan dan keselesaan atas jalanraya dan reka bentuk roda tuang baharu memberikan kemudahan semasa menunggang serta penampilan yang semakin elegan.
Honda Vario 160 menawarkan ciri-ciri segar dari segi penampilan. Sistem pencahayaan didatangkan LED penuh pada semua titik pencahayaan secara eksklusif pada lampu depan, lampu belakang dan lampu isyarat, memberikan motosikal ini sentuhan moden dan sporty. Vario 160 didatang digital panel meter penuh dilengkapi maklumat yang diperlukan termasuk penunjuk Smart Key, jam digital, penggunaan bahan api dan penunjuk ABS.
Honda Vario 160 didatangkan dengan pengecas USB type A, di mana soket tersedia untuk mengecas tanpa perlu menggunakan alat tambahan. Penunggang juga boleh membawa sebanyak barang keperluan kerana Vario 160 dilengkapi dengan storan utiliti 18-liter yang luas di bawah seat.
Honda Vario 160 boleh didapati dalam empat pilihan warna iaitu Vivacity Red, Pear Nightfall Blue dan Sword Silver Metallic yang dijual pada harga RM9,998.00. Manakala Edisi Hitam (Mat Charcoal Grey Metallic) akan tersedia mulai Februari 2023 dan dijual pada harga RM10,298.00.