Honda REBEL 2020 Baharu, Dilengkapi Dengan Ciri dan Warna Baharu

Pertama kali diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2017, Honda REBEL adalah motosikal kruiser khas yang mempamerkan gaya bobber klasik namun berwajah maju dan kontemporari. Ia juga umpama kanvas kosong, siap untuk apa sahaja yang ada dalam khayalan pemiliknya. Lapik belakang pembonceng dan pemijak kaki belakang kini mudah ditanggalkan untuk keinginan penyesuaian. Ekzos gaya senapang 120mm baru memastikan pematuhan Euro4.

Enjin 471 cc silinder berkembar sebaris sejukan cecair 8-injap Honda REBEL diambil dari CBR500R. Untuk tugas kruiser, pemetaan suntikan bahan bakar PGM-FI baru dengan larasan injap dan pemasaan pencucuhan yang berbeza mengalih watak berprestasi rpm tinggi CBR kepada output tork tinggi pada julat rendah, dengan penghantaran lancar dan linear pada keseluruhan julat rpm, memberikan tork maksimum 43.3Nm tork @ 6,000rpm dan dengan kuasa puncak 34kW @ 8,500rpm. Pengalaman menunggangnya kini dilengkapkan lagi dengan ciri klac bantu / gelincir baharu.

Keselesaan pengendaliannya ditingkatkan dengan tempat duduk, topang depan dan talaan spring yang lebih baik, sementara peredam kejutan Showa berkembarnya kini dibekalkan gas nitrogen dengan getah peredam yang direkabentuk semula untuk tindakan yang lebih tegas. Rangka keluli tubular yang rendah menyatukan semua ciri ini untuk kedudukan menunggang yang neutral dan seimbang.

Honda REBEL 2020 yang baru kini dilengkapi dengan lampu LED secara keseluruhan, termasuk lampu isyarat LED baru, lampu utama LED berdiameter 175mm, lampu ekor oval ultra tipis dan lampu plat. Meter kelajuannya adalah paparan kompak bersaiz 100mm dengan lampu berlatar putih bersama dengan penunjuk gear baru dan paparan penggunaan bahan bakar.

Honda REBEL terdapat dalam 3 warna: Matte Jeans Blue Metallic, Matte Armored Silver Metallic dan Graphite Black dan boleh didapati di semua pengedar Honda BigWing di Malaysia. Aksesori tulen Honda juga tersedia.

Senarai pusat peniagaan BigWing di Malaysia:

• BigWing Geogetown
Alamat: 171B, Jalan Sungai Pinang, George Town, 10150 George Town, Pulau Pinang
Telefon: 012-470 1659

• BigWing Setapak

Alamat: No 384, 386, 388, 390, Jalan Pahang, Setapak, 53000, Kuala Lumpur.
Telefon: 014-933 1690

• BigWing Petaling Jaya
Alamat: No. 19 & 21, Jalan MJ/2, Medan Maju Jaya, Petaling Jaya Selatan, 46000, Petaling Jaya, Selangor.
Telefon: 011-1048 1008

• BigWing Johor

Alamat: Lot 56906A, Jalan Kassim Kg Sungai Danga, 81200 Johor Bahru, Johor
Telefon: 012-781 6513