Beberapa bulan selepas didedahkan buat pertama kalinya, Honda Rebel 1100 kini bersedia memasuki pasaran ASEAN seperti Thailand dan Filipina. Rebel 1100 ini merupakan varian ketiga dan paling besar dalam keluarga Rebel. Bersesuaian dengan namanya, Rebel 1100 dibangunkan bertentangan dengan apa yang ditawarkan cruiser tipikal dengan kombinasi kuasa ‘mentah’ dan teknologi terkini.
Motor ini dikuasakan enjin parallel-twin, penyejuk cecair 1,800cc dan menghasilkan 87hp pada 7,000 rpm dan tork maksimum 98Nm pada 4,750 rpm. Ia ditawarkan dengan pilihan di antara transmisi manual 6-kelajuan dengan bantuan sistem slipper clutch atau dwi-klac (DCT) yang menampilkan kedua-dua mode automatik dan manual.
Selain itu, Rebel 1100 turut dilengkapi dengan teknologi terkini seperti lampu LED penuh, kawalan cruiser, ABS dan kawalan traksi sebagai standard. Ia juga didatangkan dengan soket pengecas USB. Sistem pengurusan enjin throttle-by-wire mengawasi input penunggang. Terdapat 3 mode penunggangan dengan parameter berbeza yang dilaraskan dengan setiap kuasa enjin, pemberhentian enjin serta aras kawalan tork pilihan Honda (Honda Selectable Torque Control) dan Wheelie Control.
Sumber : Motopinas.com