Honda Monkey Tahun 2022 Dilancarkan

Selain daripada model Honda Super Cub 125 tahun 2022, Honda Monkey tahun 2022 turut dilancarkan di Eropah.

Kali ini, Honda bukan sahaja merombak semula rekabentuk atau kemasan motosikal tetapi juga mempertingkatkan beberapa aspek untuk memberikan prestasi yang lebih tinggi sejak diperkenalkan pada tahun 2018. Sebelum kita teruskan, model Honda Monkey sebenarnya berasaskan model MSX125 yang juga dikenali sebagai Grom.

Peningkatan prestasi bermula dengan rombakan semula enjin satu-silinder, empat-lejang, 125cc itu. Enjin yang baharu ini menggunakan lejang yang lebih panjang dan gerek yang lebih kecil daripada enjin sebelumnya, untuk memberikan penambahan kuasa tork (pick up). Kuasa serta tork maksimum masih sama pada 9.2 hp dan 11 Nm, tetapi maksimumnya sampai pada RPM yang lebih tinggi.

Kotak gear tahun 2022 juga dipertingkatkan dan mempunyai lima kelajuan, berbanding empat pada model sebelumnya. Pembaharuan ini akan penggunaan kuasa dan tork enjin yang lebih tepat.

Selain daripada itu, ECU-nya juga ditala untuk memenuhi syarat Euro 5. Oleh itu, bentuk ekzos juga ditukar. Honda memberitahu bahawa model Monkey tahun 2022 boleh merangkumi jarak 359 km daripada tangka 5.6 liter itu.

Ciri pengendalian motosikal ini juga dipertingkatkan dengan penggunaan penyerap hentakan belakang jenis “dual stage.”

Sumber : Honda Europe