Honda Lancarkan Untuk Pasar Asia

Baru-baru ini Honda telah memperkenalkan skuter terbaharu keluarannya di Vietnam dan dijangka bakal berada di pasaran Asia tidak lama lagi. Honda Airblade 160 mempunyai penampilan yang cukup anggun dan sedikit dipengaruhi dengan gaya CBR1000RR Fireblade baharu.

Ia mempunyai lampu hadapan LED dan windscreen kompak untuk memastikan penunggang kekal selesa dari tiupan angin yang keras ketika berada di trafik. Penampilan sisinya lebih bersifat aerodinamik dan secara keseluruhannya, ia mempunyai kedudukan yang agak kukuh standing pesaingnya Yamaha Aerox 155.

Dari sudut prestasi, Airblade ini dikuasakan oleh enjin satu silinder 160cc yang menghasilkan 15.2hp dan tork 9.9 ft-lbs. Bagaimanapun, Honda Airblade 160 mempunyai kuasa yang lebih cemerlang berbanding skuter dalam segmennya.

Selain lampu LED, Honda turut melengkapi skuter Airblade 160 dengan slot pengecas USB untuk kemudahan penunggang khususnya ketika menunggang dalam jarak yang jauh. Dihidupkan tanpa memerlukan kunci serta kluster instrument digital LED lengkap. Konsol ini juga dilengkapi dengan odometer, speedometer, level petrol dan juga jam.

Suspensi Airblade ini terdiri daripada fork hadapan teleskopik dan penyerap hentak belakang berkembar dengan pra-muatan boleh dilaraskan. Manakala sistem pemberhentiannya pula terdiri daripada konfigurasi cakera depan dan belakang.

Airblade ini mempunyai tangka minyak berkapasiti 4.4 liter, yang bermaksud lebih jauh perjalanan sebelum perlu diisi semula. Honda menawarkan skuter ini dalam dua model dan 4 warna pilihan; Blue Gray Black, Red Gray, Blue Gray dan Black Gray. Buat masa ini, harga yang ditawarkan untuk Honda Airblade 160 bermula dari $2,467 USD (RM10,860.27).
Sumber : Rideapart