Menurut kisahnya, motor ini dibeli untuk sebuah projek yang dilakukan pada tahun 2019. Sebelum itu, seumur hayat motor ini diluangkan dalam stor bersama pemilik asalnya dan lebih banyak motor pada era ini yang buat kemunculan. Kebetulan?
Bertepatan betul dengan tarikh pembelian di penghujung tahun 2019 kerana seluruh tahun 2020 didedikasi demi menyiapkan kerja-kerja restorasi CB ini dan hasilnya, manis sekali. Macam gula-gula candy. Bezanya, candy ini tidak perlu khuatir tentang kaviti!
Pemilik baru motor ini agak cerdik kerana menggunakan sebanyak mana stok lama yang boleh ditemuinya. Paling jelas kelihatan adalah kerangka hitam yang digantikan dengan warna Candy Gold. Selain itu, enjin 4-lejang 736cc turut dibaikpulih, 4 karburator Keihin turut dibina semula, cakera depan dan dram brek belakang serta suspensi juga diservis dan menggantikan ekzos.
Servis suspensi melibatkan kerja-kerja baik pulih menyeluruh termasuk spring RaceTech dan lengan ayun belakang yang turut digantikan dengan set baru aftermarket. Semuanya serba baharu dan tampil lebih ceria. Ada sesiapa yang dapat inspirasi nak buat modifikasi sama?