Himpunan Motosikal 125Z dan 125ZR

Sebanyak 950 buah motosikal 125Z dan 125ZR berjaya dihimpunkan sempena program Northern 125Z Gathering yang diadakan pada 8 Februari yang lalu. Bertempat di Arena Square Batu Gajah yang terletak di negeri Perak, program ini dianjurkan oleh Team Yamaha 125Z dengan kerjasama RetroStreet. Para peserta pula datang dari sekitar negeri Perak dan ada juga yang datang dari negeri Pulau Pinang, Kedah dan selatan tanah air.

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan pihak penganjur dan antara yang mendapat sambutan luar biasa adalah Pipe On Challenge, Motorshow Open Yamaha, Motorshow Khas (125Z sahaja) dan juga segmen yang dinanti-nantikan iaitu Cabutan Bertuah. Para peserta bertuah telah membawa pulang hadiah utama segmen Cabutan Bertuah ini yang merupakan sebuah motosikal 125ZR.

Selain merapatkan ikatan silaturahim di antara rakan-rakan permotoran, program ini juga secara tidak langsung dapat menjana pendapatan kepada para peniaga yang turut berniaga sepanjang program berlangsung seawal 9.00 pagi dan berakhir sekitar 6.00 petang. Bukan itu sahaja, para peserta juga dapat bertemu dan bertukar-tukar informasi serta pandangan tentang perkembangan dunia permotoran Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenangan yang bertuah dalam pertandingan Motorshow dan juga segmen Cabutan Bertuah. Semoga program ini akan diteruskan di masa-masa akan datang, lebih banyak aktiviti diadakan. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak penganjur yang telah bertungkus-lumus berbulan-bulan dalam memastikan program berjalan dengan lancar.

Perkongsian : En. Fuad Ipoh