Selepas berakhirnya pusingan akhir Asia Road Racing Championship 2018 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Buriram, HI-REV berbesar hati menjadi penaja rasmi minyak pelincir pasukan juara ARRC. Sehubungan itu, pihak HI-REV juga ingin meraikan gelaran juara ini dengan memberikan hadiah wang tunai sebanyak RM 6,000 kepada pemenang yang bertuah.
Pemenang bertuah akan membawa pulang hadiah wang tunai seperti berikut:
Tempat pertama, RM 3,000
Tempat kedua, RM 2,000
Tempat ketiga, RM 1,000
Dibuka bermula dari 15 Januari dan berakhir pada 15 April lalu, para pemenang akan dimaklumkan kemudian. Kepada para peserta yang telah pun menyertai pertandingan ini, semoga anda bertuah untuk membawa hadiah wang tunai yang disediakan.